“Abang Roy, adegan brat pun buat org dekah” – Nad Zainal

Kelawakan Roy Azman bukan sahaja dapat dilihat menerusi perkongsian video yang sering dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya, tetapi juga melalui komen serta posting rakan artis Roy yang lain seperti Mummy Didi Alias. Jika sebelum ini mummy ada mengongsikan satu videonya menari bersama-sama dengan Roy, kali ini Mummy mengongsikan satu lagi video dalam satu babak lakonannya bersama dengan Roy.

Namun, sempat lagi Roy berlawak dalam babak lakonan tersebut. Dalam babak-babak yang serius pun, Roy tetap berjaya membuatkan kesemua barisan pelakon serta krew-krew ketawa terbahak-bahak setelah mendengar dialog yang diutarakan oleh Roy.

Haih, mungkin Roy ni sepatutnya tukar profession jadi pelawak, bukannya pelakon. Kehkehkeh. Nasib baik juga Mummy sabar je dengan Roy yang diberi gelaran sebagai mangkuk kedaung oleh Mummy ni. Tak saakit ke bahu Roy dihmpas bantal oleh Mummy tu Roy? Kehkehkeh.

“Adoi kenapalah korang amik mangkuk kedaung nie sh0oting ngan aku eh.. sesak nafaslah weiii. Set4nlah dia nie..” ujar Mummy dalam ruangan caption video perkongsiannya ini. Walaupun video tersebut singkat sahaja, namun tetap berjaya mencuit hati setiap para penonton.

“Abang Roy.. adegan berat pun buat orang dekah,” ujar Nad Zainal dalam ruangan komen video perkongsian Mummy. Ternyata rakan artis Roy dan Mummy juga turut terhibur dengan tingkah laku Roy yang penuh dengan hiburan lawak ini.

“Dia memang gmpang,” balas Mummy dengan komen yang ditulis oleh Nad Zainal. Macam dah tak sabar nak lihat babak Mummy dan Roy dalam ‘sh0otiing’ yang dijalankan oleh mereka ini.

Video perkongsian Mummy ini walaupun berdurasi kurang daripada 30 saat namun tetap berjaya meraih sebanyak 37,593 tontonan. Walaupun ianya telah dimuatnaik semenjak 12 jam yang lalu, namun para followers tetap terhibur dengan video suntingan tersebut.

Video Mummy ini mendapat sebanyak 96 komen yang mana rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat Roy yang lawak semulajadi ini. Ramai yang mengatakan bahawa Roy ni sangat lucu. Tengok banyak kali video tersebut pun tetap tergelak besar gara-gara tingkah laku Roy yang lawak.

Macam mana pula dengan pandangan korang? Tak senak ke perut tu asyik ketawa semasa melihat video perkongsian Mummy ini? Hehehe..

Sumber: Instagram Didi Alias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!