“Mngsa seterusnya mangkuk kedaung” – Didie Alias

Bercakap sahaja mengenai Didie Alias, sudah semestinya perkara pertama yang terlintas di kepala setiap para followers Instagramnya ialah tentang video Tik Tok yang sering dimuatnaik oleh pelakon tanahair ini. Didie ataupun lebih dikenali dengan panggilan mesra Mummy sering mengongsikan aksi-aksi lucu serta lawak dalam akaun Instagramnya ber’duet’ bersama-sama dengan selebriti Malaysia yang lain.

Kali ini, Mummy sekali lagi tampil ‘berduet’ dalam video pendek Tik Toknya bersama-sama dengan juga seorang pelakon yang memang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, iaitu Roy Azman. Roy juga sering muncul menggunakan aplikasi Tik Tok untuk mengongsikan videonya yang juga lawak.

Mummy memanggil Roy dengan panggilan yang lucu iaitu mangkuk kedaung. Sudah berpuluh-puluh tahun kenal, sudah tentu dua sekawan ini rapat antara satu sama yang lain. Satu je min nak komen, kedua-dua selebriti ni mempunyai perangai yang serupa iaitu masuk air. Kehkehkeh.

Lihat sahaja klip video pendek perkongsian Mummy, tak payah nak pasang volume pun dah tahu lucu sebab gelagat mereka berdua ni mengalahkan maharaja lawak. Tengok sahaja aksi mereka yang bersahaja menari, diiringi pula dengan latar musik Thailand yang lucu, sangat menjadi lawak mereka ini.

Video pendek perkongsian Mummy ini berdurasi kurang daripada 30 saat tapi tetap berjaya meraih tontonan yang banyak daripada pengguna aplikasi Instagram.

Apa taknya, dua orang ini kononnya sedang menari tetapi gaya tarian mereka cukup mencuit hati setiap para penonton.

Sampai terjengket-jengket kaki Mummy dan Roy menari. “Mngsa seterusnya mngkuk kedaung hahaha,” ujar Mummy dalam ruangan caption video perkongsiannya ini. Happy sangat tu dapat berduat dengan Roy dalam video Tik Tok ni.

Video perkongsian Mummy ini tetap mendapat sebanyak 94,098 tontonan daripada para followers Instagramnya dan juga rakan artis Mummy yang lain. Video yang telah dikongsikan semenjak 18 jam yang lalu ini mendapat sebanyak 283 komen.

Rata-rata warganet terhibur dengan aksi kedua-dua Mummy dan Roy. Makin-makin lagi apabila Mummy sendiri yang mengakui bahawa mereka berdua ni adalah geng masuk air. Roy hanya mampu ketawa sahaja dalam ruangan komen posting Mummy ini.

Ujar sebahagian followers Instagram Mummy yang tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan lagi ruangan komen posting perkongsian Mummy ini.

Alahai, dua orang ni memang tidak pernah menghampakan para peminat dengan aksi-aksi yang lucu kan. Harap-harap Mummy dan Roy sentiasa berada dalam keadaan yang ceria dan dapat menghiburkan hati peminat setiap hari.

Sumber: Instagram Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!