“Kasih seorang ibu, arwah sempat beli baju utk Ayash Affan”

Luahan rindu pelawak dan usahawan Shuib terhadap arwh isteri kesayangannya Siti Sarah sering kali  menarik perhatian rakan- rakan artis dan juga para netizen. Sesungguhnya pemergian arwh Siti Sarah masih lagi di rasai oleh netizen dan juga para peminat setia arwh. Melihat Shuib yang masih lagi bersedih kerana merindui arwh isterinya itu menyebabkan para peminat tidak putus memberikan kata- kata semangat serta mendoakan supaya pelawak tersebut terus kuat demi anak- anak.

Pemergian arwh Siti Sarah sememangnya telah memberikan impak yang cukup besar kepada orang ramai. Arwh sempat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembdahan dan diberi nama Ayash Affan.

Bayi pra- matang yang dilahirkan pada usia kandungan arwh 8 bulan itu masih dalam tempoh pemerhatian dktor namun telah memberikan respon dan tindak balas yang positif.

Mengikut perkongsian Shuib sebelum ini, dktor yang sedang mengawasi keadaan anaknya itu telah memberikan khabar gembira bahawa anaknya itu sudah membuka mata, boleh menendang dan bergerak aktif.

Terkini menerusi satu Instagram peminat, sebuah video telah dikongsikan memaparkan usahawan dan pelawak tersebut menunjukkan beberapa helai baju bayi yang sempat dibeli oleh arwh isterinya Siti Sarah.

Di dalam video tersebut Shuib turut di temani oleh anak sulungnya Uwais sambil mengasingkan beberapa helai baju buat anak bongsunya Ayash Affan.

https://www.instagram.com/p/CTKWf18BdcZ/?utm_medium=share_sheet

Jika di lihat di perkongsian terbaru Instagram peribadi Shuib sendiri beliau dan anak- anak berkongsi sekeping gambar mereka bersama katil bayi yang telah siap di sediakan bagi menyambut kepulangan anak bongsunya  kerumah mereka tidak lama lagi.

Menjengah keruangan komen, netizen berkata mereka masih lagi dapat melihat perasaan sedih di mata dan riak wajah pelawak tersebut semasa membelek baju bayi. Berkemungkinan besar Shuib mengenangkan kehilangan isterinya sebelum sempat mereka berdua meraikan ketibaan anak bongsu mereka itu.

Tidak kurang juga ada segelintir netizen yang berkongsi pengalaman yang serupa terhadap kehilangan ahli keluarga masing- masing kerana cvd dan mereka berkata amat memahami fasa kehilangan yang sedang di alami oleh Shuib ketika ini. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

“Arwh kakak sepupu sy pun situasi yg sama mcm arwh kak siti sarah,cuma nya kak sarah sempat melahirkan,kakak sy pergi bersama anak dalam kandungan berusia 6bulan..5thun dah anak yg sulung,perempuan pula tu,yg pregnant kali nie lelaki,lama arwh dan suami nya nantikn,1box baju dh tersedia..

tapi Allah Maha Baik,Dia ambk kakak dan anak lelaki nya skli untuk di ajak teman disyurga..Al fatihah untuk arwh herni yusnilah binti yusof dan siti sarah binti raissudin.” – Netizen

“Excited betulkn nk siap kn brg baby. Sye pon mcm tu.tp 10 jam je baby hidup. lpstu 2 mnggu lps husb plk mngl cvd. Xpela baby n walid semoga bahagia bersama disana. – Alfatihah utk semua arwh” – Netizen

“Kuat dan tabah shuib. Mujur ade uwais muka ibu teman ayah dia belek2 bj baby. Kalau x mesti bergenang shuib” – Netizen

Setiap perjalanan kehidupan manusia sudahpun di tentukan oleh Allah. Kebaikan arwh Siti Sarah sehingga kini sering menjadi sebutan manakala kisah mengenai kemuliaan hati arwh pula kerap dikongsikan oleh para netizen setelah pemergiannya. Arwh pergi mngalkan suaminya beserta 4 orang anak yang masih dalam peringkat usia bayi dan kanak- kanak.

Ada yang berpendapat bahawa Shuib memerluukan pengganti demi kelangsungan kehidupan keluarga beliau dan anak- anak. Arwh Siti Sarah sudah melalui kehidupan susah senang bersama Shuib sejak daripada awal pelawak tersebut mula bertatih untuk menjalankan perniagaan.

Jika di takdir beliau bertemu dengan pengganti, walau siapapun pengganti arwh isterinya nanti semoga wanita tersebut dapat menerima anak- anak Shuib dengan hati yang ikhlas. Semoga urusan kehidupan pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu juga terus dipermudahkan.

Sumber : ig shuib sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!