“Kalau betul, saya sgt bersyukur dpt cucu lagi lah” – David Teo

Setiap manusia telah dicipta oleh Allah SWT dengan mempunyai pasangan hidup masing-masing. Tidak kira lah sejauh mana perbezaan usia di antara pasangan tersebut, ia bukanlah penghalang buat mereka kerana jodoh itu telah tertulis oleh sang pencipta. Buat pasangan selebriti Harris Alif dan Intan Ladyana, perbezaan usia 17 tahun tidak menjadi alasan untuk mereka membina mahligai indah bersama.

Ramai netizen sering berteka-teki tentang status hubungan mereka berdua yang sebenar sebelum berkahwin. Dan apabila pernikahan Intan dan Harris diumumkan pada Februari lalu, pasangan sama cantik sama padan ini telah mencuri tumpuan ramai media dan netizen.

Selain itu, Perkembangan terbaru tentang Intan jarang sekali dikongsi di laman sosial media miliknya. Baru-baru ini produser terkenal David Teo telah memuatnaik foto Intan yang terkini. Pada foto berkenaan, kelihatan baby bump Intan cukup ketara. Namun sehingga kini, tiada pengumuman rasmi daripada Intan sendiri.

Posting foto Intan seakan-akan kelihatan berbadan dua yang dikongsi David Teo telah menerima 300 tanda suka dengan beberapa komen sahaja.

Ada juga salah satu komen daripada netizen yang memberi respon pada posting berkenaan.

Nampaknya kena tunggu pengumuman rasmi dari Intan dan Harris ni. Semoga ada berita gembira untuk mereka berdua.

Sumber: Instagram Davidteo

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!