“Bila saaraf otak wife aku bercantum” – Achey

Setiap pasangan berkahwin pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina. Begitu juga buat pelawak Achey dan isterinya, Anne yang sentiasa berkongsi kenangan manis mereka di laman Instagram. Walaupun sudah memiliki seorang cahaya mata perempuan, Achey dan Anne masih kelihatan romanntik bersama.Isteri kepada Achey antara yang menjadi perhatian netizen di laman Instagram.

Baru-baru ini Anne memuatnaik sebuah video lucu di Instagram. Video Anne itu telah dikongsi oleh Achey sehingga mencuri tumpuan peminat-peminatnya.

Golongan ibu sudah tentu ramainya mengalami masalah bawah periuk masakan sentiasa hitam berkerak. Maka, Anne berkongsi tips mudah untuk memastikan periuk kembali berkilat semula.

Namun,  perkara melucukan apabila tips ‘mudah’ yang dikongsi oleh Anne itu hanyalah sekadar pr4nk sahaja. Kelihatan Achey yang membersihkan periuk itu sehingga licin. Itulah ilmu ‘ajaib’ yang dikongsi Anne. Pandai Anne kenakan suami ye hehe..

Dalam pada itu, video tersebut telah menghiburkan netizen dan rata-rata mereka mngalkan pelbagai respon di ruangan komen.

Video Achey juga ditonton sehingga 162,000 tontonan. Rakan-rakan artis turut mngalkan komen terhibur dengan gelagat Achey dan isteri tercinta.

Memang kelakar betul tengok gelagat Achey dengan Anne ni, nampak romantik mereka berdua ni walaupun dah ada Tiarah.

Sumber: Instagram acheykintangkintung

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!