“Pandai Yusuf dgn Baem makan podeh”- Netizen

Sememangnya anak-anak kecil, boleh dikatakan bahawa mereka suka makan apa yang orang dewasa makan. Kalau tengok kita makan itu ini, pasti akan diminta nya. Tapi, biasanya ibu bapa akan hadkan, bagi cuba rasa-rasa saja. Bukan apa, kadang tu pengambilan makanan tersebut tak bersesuaian dengan umur mereka.

Ada dimuat naik video anak kepada Dato’ Aliff Syukri, iaitu Baem dan juga Yusoff. Siapa je tak kenal anak-anak beliau kan, semua anak beliau ada akaun Instagram nya sendiri. Tiap hari, ada sajalah telatah anak-anak nya tu.

Ada dimuat naik video Baem dan juga Yusoff yang kononya nya try makan sambal. Dah nama pun sambal kan, mestilah rasanya pedas, tapi bukannya pedas membuatkan orang taknak makan sambal, tapi suka sangat makan makanan tambahan tersebut.

Lalu, Yusoff pun try lah makan sikit sambal tersebut dengan nasi. Nak tahu juga kan macam mana reaksi budak kecik macam Yusoff tu makan sambal. Ternyata feedback nya kata sedap. Wahh, hebat makan sambal ye awak ni dik.

Tak lama lepastu, terus dia tadah air dah minum air dengan begitu banyak. Adoi, tahu pun pedas eh rupanya Yusoff makan sambal. Tapi, bak katanya rasa sambal tetap sedap, cumanya tahap kepedasan si kecil tu tak macam dewasa.

Kemudian, bila Baem pula yang try, dikatanya sedap. Haa, Baem tahan pedas tau, rilek je dia Baem, selera betul kita tengok. Yelah, Baem kan dan besar, sebabtu dia tahan pedas,kalau Yusoff masih lagi kecil, sebabtu tak tahan.

Tapi, sememagnya gelagat Yusoff ketika makan itu sangatlah lucu, pandai juga eh diorang berdua ni buat content untuk promote produk tersebut. Bertukar-tukar reaksi si comel tu sebab tak tahan pedas katanya. Kecil lagi kan, tak tahan pedas.

Ada orang yang tak tahan pedas tau, kadang tu bagi kita tak pedas langsung masakan tersebut, tapi mereka tak dapat nak telan langsung makanan tersebut. Sebabtulah, tahap kepedesan orang tu berbeza tau.

Korang jenis tahan pedas ke tak ? Suka makan pedas ? Tapi, sememagnya tak dapat dinafikan bahawa sambal itu adalah pelengkap kepada hidangan kita, makan sambal lagi sedap kan rasanya. Tak kisah lah sambal apa jenis. Setuju tak ?

Sumber : Ig Yusoffalqardawi_terlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!