“Lain macam eh ambik gambar dari belakang”- Fafau

Bidang perniagaan adalah sangat digalakkan dalam agama Islam. Ramai di antara kita sudah menjadi usahawan termasuklah selebriti Malaysia yang rata-rata sudah menceburi bidang perniagaan. Tidak terkecuali, penyanyi nombor satu Malaysia Dato Siti Nurhaliza juga sudah bergelar usahawan berjaya. Banyak produk yang dikeluarkan oleh Siti Nurhaliza dari segi produk tudung, kosmetik dan sebagainya.

Siti Nurhaliza atau digelar Tokti ini sudah mula fokus pada perniagaannya dan kurang melibatkan diri dalam industri hiburan memandangkan beliau aktif berniaga ketika ini.

Ditambah pula dengan peminatnya yang ramai sejak dahulu lagi, ia juga satu peluang buat Tokti untuk memasarkan produknya kepada pelanggan.

Dan lebih penting lagi apabila, Tokti sebagai pengasas produk miliknya juga perlu rajin mempromosikan produk yang dijual. Sudah tentu beliau pun kena aktif dengan teknik marketing yang pelbagai sekarang antaranya membuat video konten tiktok.

Untuk mempromosikan produk jualan, sudah tentu kita perlu ada ilmu pemasaran bagi menaikkan jenama sesuatu produk itu. Walaupun Tokti sudah terkenal, beliau masih tetap ingin menggali ilmu untuk mempelajari pelbagai teknik marketing daripada usahawan lain.

Baru-baru ini, Tokti gigih belajar membuat video di Tiktok bersama salah seorang pengasas produk penjagaan rambut. Memang tak putus asa ya tengok Tokti belajar nak buat video ikut trend semasa.

Melihat keperibadiaan Tokti ini, sememangnya seorang yang mudah disenangi ramai orang dan gigih menggali ilmu perniagaan. Contoh sebeginilah yang kita mahukan.

Dalam pada itu, video dirakam oleh pembantu peribadian Tokti iaitu Rozi Sang Dewi telah dimuatnaik semula oleh Tokti di Instagram miliknya.

Video Tokti telah menerima 800,000 tontonan dan menerima banyak komen daripada netizen. Termasuklah penyampai radio popular Fara Fauzana yang turut meninggaalkan komen.

Tak dinafikan, bidang perniagaan inilah yang mampu menaikkan ekonomi negara kita. Semoga maju jaya buat Tokti dan uahawan-usahawan lain di luar sana ye

Sumber: Instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!