“Happy birthday baba Jayden, kami sangat sayangkan awak” – Ameera Khan

Jebat Jayden merupakan anak kepada pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila. Walaupun pasangan tersebut telah berpisah namun mereka merupakan antara pasangan selebriti contoh yang masih mengekalkan hubungan yang baik demi anak tunggal mereka itu. Hari ini Jebat telahpun menginjak usia 3 tahun. Kanak- kanak tersebut mempunyai tarikh lahir yang istimewa kerana berkongsi tarikh lahir berkenaan dengan babanya Sharnaaz.

Jebat Jayden dilahirkan pada 30 Ogos 2018 bersamaan pada hari lahir Sharnaaz yang ke 33 sewaktu Sharnaaz menimang cahaya mata sulungnya itu.

Menyingkap perkembangan terbaru kehidupan pelakon Bukan Aku Tak Cinta tersebut, selain kini sedang sibuk berniaga beliau juga turut aktif memuatnaik beberapa video ulasan makanan di saluran Youtube beliau.

Berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anaknya Jebat Jayden, Sharnaaz berkata beliau agak buntu untuk menyediakan hadiah yang sesuai untuk anaknya itu. Baru- baru ini Sharnaaz ada bertanyakan kepada para pengikut akaun Instagram beliau mengenai cadangan hadiah yang paling sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia 3 tahun.

Namun lain pula yang di cadangkan oleh para netizen apabila kebanyakkan komen yang di terima oleh pelakon tersebut lebih kepada usikan yang mencadangkan supaya Sharnaaz memberikan ‘hadiah’ seorang mama baru kepada Jebat.

Terkini satu perkongsian di Instagram Jebat Jayden telah memaparkan beberapa video pendek di antara Sharnaaz dan Jebat yang meluangkan masa membuat aktiviti bersama.

Perkongsian yang di percayai di muatnaik dan di tulis oleh Nabila itu, antara lain memuji Sharnaaz sebagai seorang bapa yang sangat penyayang dan baik malahan beliau juga turut mendoakan Sharnaaz bersempena hari ulang tahun kelahiran Sharnaaz hari ini.

Tidak ketinggalan menerusi ruangan komen, Ameera Khan dan Atisha Khan juga mngalkan komen yang merakamkan ucapan selamat ulang tahun kepada bekas abang iparnya itu.

Ameera Khan juga ada menulis ucapan kepada Sharnaaz menerusi Instagram story peribadi beliau. Gembira melihat hubungan kekeluargaan dan kasih sayang antara mereka yang tidak terputus walaupun Sharnaaz sudah pun berpisah dengan kakaknya Nabila.

Menjengah keruangan komen, entri di instagram Jebat Jayden berkenaan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen berteka teki individu yang berkongsi video dan menulis ucapan berkenaan namun netizen juga mengucapkan selamat hari lahir kepada Sharnaaz dan Jebat dan mendoakan kesihatan serta kebahagiaan mereka berdua. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

Walaupun Sharnaaz mempunyai rutin harian yang padat dengan pelbagai urusan kerja, namun tanggungjawab beliau sebagai seorang bapa yang sangat penyayang dapat dilihat apabila beliau tidak pernah mengabaikan anaknya itu dan sering untuk cuba memenuhi setiap permintaan anaknya.

Netizen juga merasa terhibur malahan amat kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh Sharnaaz dalam melayani apa jua permintaan anaknya itu.

Netizen juga  geram dengan kecomelan wajah Jebat Jayden serta tidak jemu melihat telatah Jebat bersama Sharnaaz. Semoga pada hari ulang tahun kelahiran Jebat dan Sharnaaz hari ini mereka berdua berbahagia dan gembira selalu hendaknya.

Sumber : ig jebat jayden

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!