“Kalau cmnilah setiap tahun birthday celebration Soraya, pokai mummy” – Ain Edruce

Sebut sahaja nama pengacara Ain Edruce pastinya akan terbayangkan telatah lucu Ain Edruce bersama suaminya Amirul Hafiz. Saluran Youtube pasangan berkenaan sering memaparkan video gelagat lucu mereka berdua dalam menjalani kehidupan berumahtangga seharian. Adakalanya apabila mereka berdua tidak sependapat menyebabkan suaminya Amirul sering beralah kepada isterinya itu. Kehidupan mereka kini semakin meriah dengan kehadiran cahaya mata sulung iaitu Soraya sekitar Mei tahun lalu.

Amirul yang mendirikan rumahtangga bersama Ain pada 13 Disember 2019 adakalanya kerap kali muncul di media sosial milik isterinya telah mengundang tumpuan para peminat yang kasihan namun terhibur melihatkan reaksi yang diberikan Amirul. Amirul dilihat sentiasa kelihatan pemalu ketika terpaksa melayani pelbagai permintaan isterinya itu.

Ain Edruce begitu terkenal dengan sikap gila-gila dan masuk airnya dan umum memang mengetahui karakter Ain yang sentiasa happy go lucky dan sering terhibur dengan gelagatnya.

Namun berlainan pula dengan suaminya kerana sebagai seorang ahli perniagaan, Amirul mungkin tidak begitu terdedah dengan dunia hiburan dan kurang mahir dalam memberikan reaksi.

Namun begitu hubungan pasangan suami isteri ini bagai saling melengkapi apabila Ain dengan karakter beliau yang masuk air manakala Amirul pula agak pendiam. Ain bersyukur kerana Amirul sangat memahami dan menyokong dirinya dalam kerjaya.

Sudah lumrah apabila mendirikan rumahtangga bersama artis dan seseorang yang dikenali ramai seperti Ain, kehidupan rumah tangga golongan akan sentiasa menjadi perhatian ramai.

Apatah lagi, apabila aktiviti bersama suami atau isteri turut dikongsikan di media sosial. Namun begitu pujian harus diberikan buat Amirul kerana warganet telah melihat perubahan yang positif dan ketara pada Amirul apabila kini menjadi lebih santai dan kelakar semasa melayani kerenah isterinya itu.

Menyingkap perkembangan kerjaya pelakon dan pengacara jelita ini, Ain Edruce kini sedang sibuk mengacarakan rancangan hiburan I Can See Your Voice Malaysia bersama Izzue Islam.

Rancangan nyanyian hiburan misteri berkenaan mempunyai pengikut yang tersendiri dan kini sudah bersiaran pada musim ke lima. Ain dan Izzue menggantikan pengacara terdahulu iaitu Shuk Sahar dan Sean Lje.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram Ain Edruce, beliau memuatnaik gambar sekitar sambutan hari lahir pertama anak perempuan kesayangannya iaitu Soraya.

Tulis Ain lagi di ruangan caption gambar berkenaan, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan- rakan yang sudi hadir memeriahkan majlis sambutan hari lahir pertama anaknya itu.

Ain juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan acara yang bertungkus lumus demi menjayakan majlis hari lahir anaknya.

Menerusi tulisan Ain itu, beliau sempat bergurau dengan mengatakan bahawa sekiranya majlis hari lahir Soraya berkenaan diadakan setiap tahun, beliau boleh “pokai”.

Mengenali sikap Ain yang “masuk air” itu, pengacara berkenaan memang suka benar bergurau dan menyakat suami serta anaknya. Setiap perkongsian video yang di kongsikan oleh Ain kepada peminat akan di selitkan gelagat beliau bersama suami dan anaknya bersama.

Kehidupan 3 beranak tersebut sering menjadi bualan peminat apatah lagi apabila menyaksikan gelagat suami Ain yang adakalanya mencuit hati peminat kerana terpaksa melayani kerenah isterinya yang gemar bergurau dan mengusik.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen membanjiri ucapan selamat hari lahir buat Soraya. Para peminat juga mendoakan kesejahteraan anak perempuan Ain dan menigg4lkan ucapan yang sangat mengharukan buat kanak- kanak berkenaan. Berikut di kongsikan komen- komen para peminat Ain buat anak pengacara berkenaan.

Pejam celik sudah setahun usia Soraya. Tidak di nafikan kehadiran Soraya menambah lagi seri dalam kehidupan rumahtangga Ain dan juga Amirul. Meriah betul sambutan hari lahir si comel Soraya ni.

Tulis Ain lagi, hadiah pemberian sahabat serta kenalan buat Soraya akan di kongsikan menerusi video akan datang di saluran youtube beliau. Beliau meminta para peminat untuk menantikan perkongsian video berkenaan.

Sumber: ig ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!