“Hang ayah yang baik Shuk”- Fizie Hotfm

Kasih seorang bapa kepada anak-anak sememangnya tiada tandingan. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak perempuan, hubungan bapa dan anak perempuan akan jadi lebih erat. Maka tidak hairanlah jika kita lihat ramai anak perempuan rapat dan manja dengan bapanya sendiri. Namun janganlah lupa pada ibu kita sendiri, hubungan dengan si ibu pun perlu dijaga dengan baik. Ibu lah yang melahirkan kita semua di dunia ini kan…

Untungnya pada sesiapa yang ada hubungan rapat dengan bapa mereka sendiri, mesti akan jadi lebih seronok je melihat hubungan dua beranak ini.

Tidak terkecuali, selebriti Shuk Sahar antara salah seorang bapa yang mempunyai dua puteri kesayangan miliknya iaitu Ain dan Aimy. Hubungan Shuk bersama anak-anaknya juga cukup rapat dan bahagia bersama-sama.

Walaupun rumah tangga Shuk sedang mengalami pergolakan, Shuk tetap mengutamakan anak-anaknya dalam apa jua keadaan sekali pun seperti yang kita lihat menerusi video yang dikongsi baru-baru ini.

Shuk berkongai video yang ternyata mengundang sebak kepada netizen. Menerusi video itu, Shuk meluahkan perasaan rindu terhadap anak-anaknya yang sekian lama tidak berjumpa dalam jangka masa satu bulan.

Kata Shuk lagi, beliau terus mendapatkan tiket penerbangan ke Sabah memandangkan kedua-dua anaknya berada di Sabah bersama ibu mereka ketika itu.

Tidak boleh menahan rindu, Shuk terus memeluk kedua-dua anaknya tatkala berjumpa bertentangan mata. Momen tersebut telah membuatkan kita yang melihat video berkenaan turut berlinangan air mata.

Sementara itu, video dimuatnaik Shuk itu telah ditonton sekitar 66,000 tontonan dan rata-rata netizen memberi pendapat mereka masing-masing.

Ramai netizen juga menasihatkan Shuk agar menjaga hubungan baik dengan anak-anaknya.

Rapatnya tengok hubungan Shuk dengan puteri kesayangan dia.. Bila dah sebulan lebih tak jumpa, memang rindu sangat-sangat dengan anak kan..

Sumber: Instagram shuksahar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!