“Just keluar group, tak payah jerit2. Chill ok” – Zizan Razak

Jika melihat air mukanya, tampak macam dirinya seorang wanita yang sangat berlemah lembut orangnya. Mana taknya, dengan wajahnya yang polos, sepasang mata yang sayu dan kuyu, pasti ramai yang akan ingat jika watak perempuan ayu atau ibu penyayang sesuai buat pelakon, Emma Maembong. Begitupun, siapa tahu, di sebalik wajahnya itu, pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail ini boleh bertukar karakter sebaliknya. Pasti ramai tak sangka, boleh kecut perut orang melihat kegaarangannya.

Kalau dah namanya pelakon, itulah yang berjaya dibuktikan Emma apabila berkongsi di media sosialnya akan cuplikan lakonannya. Nampak beng1s yang tidak dibuat-buat, kelihatan real sekali sifat g4rang yang dilakonkannya.

Hinggakan ramai pula netizen yang ingat Emma sememangnya seorang yang gaarang sedemikian. Selain netizen, tak kurang dari rakan artis yang memberikan reaksi di hantaran komen ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Antara memberikan komen ialah bekas kek4sihnya yang juga pelakon, Zizan Razak yang melayangkan coretan “Just left group. Xpyh jerit2. Chill ok”. Begitupun, jawab Emma, dia hanya melepaskan geram dek bukan selalu dapat jer1t-jer1t. “Fuh padu beb”, kata Janna Nick pulak.

Menjawab komen pelakon Shila Hassan, yang menulis “Makkkk aiii hakikatnya garangnya Timoh…”, jawab Emma dia hanya garang dalam drama, tetapi dalam dunia sebenar dia menyifatkan dirinya seorang yang pemalu. Wallahualam…

https://www.instagram.com/p/CbZ1HPqB78c/

“Macam nak puutus urat tekak tu”, “Man4kutkan dari patung Anna4belle”, Uihh boleh pcah peti suara gini”, “Confirm s4kit tekak lepas tu”, “Best weh belakon watak macam ni, boleh release str3ss”, “Takut aku tengok dia m4rah”, “Kena r4suk ke”. Itu antara komen netizen.

Huh ramai kan terkesima dibuat Emma. Memang pelakon berbakat yang serba boleh. Bagilah watak apa saja. Semuanya mampu digalas dengan baik olehnya. Ramai netizen yang menebak selepas ini banyaklah anugerah yang dimenanginya.

Untuk info, Emma merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik. Bapanya berketurunan orang Melayu Terengganu manakala ibunya berketurunan Scotland. Ibu bapanya telah berpisah dan Emma memilih untuk tinggal dengan bapanya.

Bapa Emma adalah seorang pelvkis dan Emma juga nampaknya mengikuti jejak langkah bapanya dan mempunyai bakat dalam lukisan. Banyak membuat sumbangan seninya sendiri, ia dipamerkan di galeri keluarga mereka sendiri yang dikenali sebagai Galeri Seni Maembong.

Adik Emma, Chacha dan kakaknya, Coddy dan Yaya juga seorang pelakon. Aktor, Wan Raja pula ialah abang iparnya. Di kelilingi oleh orang seni Emma ni rupanya. Padanlah bakatnya bukan nampak biasa-biasa. Hebat bukan…

Sumber : IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!