“Tak sampai hati rasanya nk hampakan hasrat seorang ibu mengandung”- Datin Noor Kartini

Datin Noor Kartini Noor Mohamed merupakan ibu kepada selebriti terkenal Neelofa. Selain dikenali sebagai ibu kepada isteri PU Riz itu, beliau juga mengusahakan beberapa perniagaan. Salah satunya adalah Daging Harimau Menangis yang merupakan antara produk yang sangat popular dalam kalangan masyarakat. Mengambil pendekatan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan perniagaan beliau, Datin Noor Kartini juga sering sering berkongsi pelbagai resepi dan video masakannya kepada peminat di Instagram beliau.

Melihatkan masakan beliau di Instagram itu boleh terliur di buatnya bukan? Jadi tidak hairanlah sekiranya baru- baru ini beliau telah menerima permintaan daripada seorang ibu mengandung yang mengidamkan air tangan beliau untuk salah satu resepinya yang popular iaitu Nasi Goreng Daging Harimau Menangis.

Berkongsi mengenai permintaan yang istimewa itu di Instagram, Datin Noor Kartini telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan emel yang di hantar oleh wanita tersebut yang meluahkan hasrat beliau itu.

Kiriman emel itu di kirimkan oleh wanita yang dikenali sebagai Aina menyatakan hasrat untuk merasai dan membeli nasi goreng daging harimau menangis air tangan Datin Kartini kerana mengidam dan sedang hamil tiga bulan.

Menurutnya Datin Noor Kartini, sebaik sahaja beliau membaca hasrat berkenaan beliau berasa tersentuh dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan seorang ibu mengandung.

Datin Noor Kartini kemudiannya telah menelefon wanita tersebut lantas memberitahu dia akan memasak bagi melunaskan permintaan ibu yang sedang hamil tiga bulan itu dengan segera.

Setelah siap memasak nasi goreng yang diminta oleh Aina, Datin Noor Kartini turut membuat kejutan kepada bakal ibu itu dengan pergi sendiri ke rumah Aina untuk menghantar nasi goreng daging harimau menangis.

Ketibaan Datin Noor Kartini yang tidak disangka-sangka itu membuatkan wanita tersebut bertambah teruja dan gembira. Terpancar kegembiraan di wajah Aina apabila dapat merasa masakan Datin Noor Kartini dan bertemu sendiri dengan Datin Noor Kartini secara empat mata.

Datin Noor Kartini berkata beliau merasa sangat bersyukur kerana dapat menghantar makanan itu sendiri kepada Aina. Malahan beliau juga berharap sesi pertemuan berkenaan bakal menjadi titik tolak kepada permulaan hubungan silaturahim di antara mereka berdua.

Menjengah keruangan komen entri tersebut, netizen yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan wanita terutamanya merasa sayu dengan permintaan yang dibuat oleh wanita berkenaan. Masyarakat juga memahami apa yang sedang dilalui oleh seorang ibu yang mengandung seperti wanita tersebut.

Pujian juga harus di berikan kepada Datin Noor Kartini kerana sudi meluangkan masa daripada kesibukan jadual peribadinya hanya untuk menyediakan masakan berkenaan dan menghantar pula masakan tersebut ke rumah wanita itu sendiri demi memastikan wanita berkenaan dapat menjamah nasi goreng tersebut ketika masih lagi panas. Terharunya, Berikut antara komen- komen yang di tulis oleh netizen.

“Alhamdulillah. ibu mengandung kalau mengidam jgn buat main kalau tak dapat ya aunty boleh emosi. Hihi” – Netizen

“Syukur Alhamdulillah meleleh air mataku.. alhamdulillah Masya Allah.. manusia menjadi pelbagai kerana ketaatan dan ketaqwaan dan penuh kasih sayang Pada Allah.

Untungnya hidup berkasih sayang sesama umat.. semoga Allah menganugerahkan kebahagian pada pemberi dan penerima rezeki. Subhanallah…” – Netizen

“Alhamdulillah itulah kelebihan naluri seorg ibu…dia tau klau ibu mngandung pasti ada sja yg teringin mngidam nak mkn itu ini… terbaiklah” – Netizen

“Alhamdulilah srnk nya. Mmg tgh alahan kalau teringin satu2 benda puas hbskan makan. Mesti Aina ni kenyang mkn nasi goreng” – Netizen

“Mulia sungguh Hati aunty tini… Klu aina mintak nasi grg Alhamdulillah syukur dpt… Klu sy nk jd anak aunty bole” – Netizen

“Bertuah nya, rezeki baby Aina dalam perut tu alhamdulillah.. Baiknya aunty, suka tengok.. Kalau ade rezeki saya gi kl teringin nak jumpa aunty..” – Netizen

“Alhamdulillah. Tgok aunty Tini masak Nasi goreng harimau Menangis pun da terliur rasanya” – Netizen

Semestinya sebagai seorang ibu, Datin Noor Kartini sendiri amat memahami akan perasaan wanita atau ibu yang sedang mengandung seperti wanita terbabit. Jadi tidak hairan lah mengapa Datin Noor Kartini tidak keberatan untuk menunaikan permintaan pengikutnya yang mengidam air tangan masakan beliau.

Tahniah buat Datin Noor Kartini yang begitu prihatin dan sanggup menunaikan hasrat seorang ibu yang sedang hamil untuk menikmati nasi goreng hasil tangan beliau itu sebelum wanita tersebut melahirkan anak.

Sumber : ig Noorkartini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!