“Baby bump uyaina ke tu, kalau betul tahniah”- Netizen

Bila melihat tiga wanita selebriti ini, pasti ramai mengenali mereka sebagai duta rasmi produk tudung berjenama Ariani yang terkemuka di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Uyaina Arshad, Mira Filzah dan Bella Dally. Ketiga-tiga mereka ini antara ikon fesyen yang disukai ramai netizen. Lihat saja cara pemakaian mereka, cukup sopan dan sungguh cantik.

Tatkala mereka berkongsi video berganding bersama, nampak keserasian tiga sekawan ini. Banyak video mereka yg dikongsi Uyaina berjaya mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel mereka.

Lebih-lebih lagi apabila ramai terkejut selepas melihat Uyaina yang seakan-akan memiliki baby bump. Mira Filzah ramai sedia tahu, beliau kini sedang berbadan dua. Manakala Uyaina pula baru mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini.

Namun tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Uyaina yang mengatakan beliau sedang hamil. Mungkin akan diberitahu kelak oleh Uyaina sendiri.

Sementara itu, video Uyaina yang dimuatnaik baru-baru ini telah menerima banyak respon daripada netizen dan rata-rata lebih memerhati ke arah perut Uyaina itu.

Dan netizen juga tidak sabar untuk mendengar berita gembira daripada Uyaina sendiri. Mereka juga teruja untuk melihat Mira Filzah untuk timang cahaya mata pertama nanti. Mesti cantik macam ibunya atau kacak seperti bapanya.

Video Uyaina bersama Mira dan Bella telah menerima 218,000 tontonan dan 172 komen daripada netizen.

Ramai netizen terhibur melihat video mereka dan suka dengan gandingan tiga selebriti cantik ini.

“Halah2 comelnya korang tiga, so pretty three of you, suka tengok trio sis ni, 20 kali tengok comelnyaaa”- Netizen

Serasi betul tengok gandingna Mira Filzah, Uyaina Arshad dengan Bella Dally ini. Ketiga-tiganya memang cantik. Lebih-lebih lagi bila seri ibu mengandung, cantik betul. Semoga betul lah apa yang dilihat netizen, cepat dapat baby tau Uyaina dan Bella ye.

Sumber: Instagram uyainaarshad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!