“Eh tu Iqbal ke, dia dah tukar taste ke” – Netizen

Mencari cinta itu bukanlah senang. Kita perlu buka hati untuk mengenali orang baru supaya kita mendapat yang paling terbaik. Kadang kala cinta itu hadir dengan cara yang paling kita tak sangka sekali. Walaupun kita tahu jodoh itu rahsia Tuhan, namun kita tidak boleh berhenti berusaha untuk mencari orang yang betul-betul ikhlas dengan kita.

Begitu juga kita tahu cerita sensasi antara Iqbal dan Dato’ Sri Vida dimana mereka sebelum ini dikatakan akan berkahwin namun rancangan tersebut tidak jadi kerana mengikut kenyataan Iqbal baru-baru ini beliau dan Dato’ Sri Vida telah memutuskan hubungan antara satu sama lain.

Beliau yang berusia 27 tahun menjadi popular dengan kontroversi “campak duit” itu juga telah banyak ditemuranah oleh pelbagai rancangan tv dan sosial media.

Baru-baru ini beliau ditemuramah dalam rancangan astro ‘Kennot Brain’ bersama penyanyi muda, Iman Troye.

Dilihat di dalam video tersebut, Iman Troye menyanyikan lagu terbaru beliau yang berjudul Nang di rancangan tv tersebut untuk tujuan promosi.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah ketika Iman sedang menyanyi, Iqbal mencelah dan memberikan sebentuk cincin kepada Iman.

Ramai netizen merasakan ia kelakar kerana Iqbal baru sahaja putus cinta dengan DSV dan sudah memberikan sebentuk cincin kepada wanita lain. Seperti sudah bertukar citarasa dengan cepat sekali.

Apa salahnya kalau Iqbal bertukar citarasa. Mencari cinta ini hak individu. Tidak salah untuk Iqbal meneruskan kehidupannya dan mencari kehidupan baru bersama wanita lain.

Lagipun Iqbal masih muda jadi tidak salah untuknya berusaha dalam mencari cinta.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!