“Mmg xkn ptus rezeki klo sentiasa membahagiakan isteri”- Amyra Rosli

Beberapa hari lalu, pelakon Aeril Zafrel telah membuat kejutan istimewa buat isterinya, Wawa Zainal, apabila menghadiahkan isterinya itu sebuah wisma yang akan menjadi ibu pejabat syarikat mereka. Wawa mendapat kejutan tersebut sekembalinya beliau selepas berpantang anak ke empat. Siapa yang tidak gembira apabila impian untuk memiliki bangunan sendiri termakbul setelah sekian lama menjalankan perniagaan.

Ibu pejabat atau wisma baharu syarikat Wawa Cosmetic itu terletak di Bandar Baru Bangi. Tambah manis, Aeril sendiri mengakui ibu pejabat itu merupakah hadiah istimewa serta tanda cinta beliau buat isterinya Wawa.

Pasangan ini mula menjalankan perniagaan dengan jenama Wawa kosmetik apabila Wawa sudah kurang aktif dalam bidang seni.

Pasangan ini membuat keputusan untuk cuba menceburi bidang kosmetik. Percaturan mereka menjadi apabila produk keluaran syarikat mereka mendapat sambutan yang mengalakkan malah sentiasa laris dipasaran.

Pasangan ini juga bersyukur apabila usaha mereka sudah membuahkan hasil malah dapat membuka peluang pekerjaan kepada ramai wanita di seluruh Malaysia untuk menjadi usahawan berjaya seperti mereka.

Kini pasangan ini melebarkan sayap dengan menghasilkan pelbagai produk dengan jenawa sendiri malah baru-baru ini jenama Wawa menghasilkan tudung dan khabarnya terdapat produk baru yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Menerusi perkongsian terbaru pelakon Aeril Zafril di Instagram beliau, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya membuat kejutan buat isterinya Wawa Zainal.

Di permulaan video Aeril menutup mata isterinya itu dengan kain berwarna hitam. Secara perlahan- lahan beliau memimpin isterinya itu ke bangunan ibu pejabat baru mereka dan menunjukkan bilik kepunyaan Wawa selaku pengarah urusan di syarikat mereka.

Ketika membuka balutan kain yang berwarna hitam menutupi mata Wawa itu, kelihatan wajah Wawa sangat terkejut namun gembira dengan kejutan yang di lakukan oleh suaminya.

Wawa berkongsi rasa gembira sudah memilki wisma berkenaan kerana ianya akani memudahkan dirinya untuk berjumpa dengan reseller yang datang untuk berjumpa atau bermesyuarat berkenaan produk yang diusahakan mereka.

Kongsi pasangan ini lagi, sebelum ini mereka tidak mempunyai tempat yang tetap untuk bertemu dan apabila sudah memiliki wisma sendiri yang lebih cantik dan menarik ianya akan memudahkan dan banyak aktiviti yang boleh dijalankan .

Bangunan tiga tingkat yang memiliki ruang yang luas itu akan dijadikan pusat bagi rangkaian perniagaan Wawa Cosmetic selain menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok bagi produk mereka

Kongsi Aeril lagi, konsep bilik pengarah urusan yang di reka khas untuk Wawa itu adalah hasil rekaan Aki Designer berkonsepkan “French Industrial”.

Ianya telah menelan belanja sebanyak 2 juta ringgit. Pengubahsuaian telah di lakukan oleh pihak pereka Aki Designer sekitar bulan Jun tahun lalu lagi.

Menjengah keruangan komen perkongsian video tersebut pula, ramai peminat dan rakan artis yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah atas pencapaian mereka berdua itu.

Antara komen yang menarik perhatian adalah komen yang ditulis oleh pelakon yang pernah bergandingan dengan Aeril Zafril menerusi drama iaitu Aamyra Rosli apabila pelakon cantik itu memuji Aeril yang sentiasa berusaha untuk membahagiakan isteri beliau.

Pelakon cantik itu juga berkata rezeki tidak akan putus sekiranya sentiasa berusaha untuk membahagiakan hati seorang isteri.

Antara komen- komen lain yang di tulis oleh netizen pula apabila mereka kagum dengan bilik pejabat yang mewah milik pasangan usahawan berkenaan dan menggelarkannya sebagai Megah Holding yang merupakan sebuah nama syarikat dalam drama melayu yang sangat popular.

Netizen juga berkata mereka amat menyenangi pasangan bahagia tersebut kerana tidak melakukan gimik yang bukan – bukan demi meraih jalan mudah mempromosikan produk dan memajukan perniagaan mereka.

Malahan apa yang di kecapi oleh pasangan tersebut hari ini adalah hasil titik peluh mereka sendiri secara berperingkat.

Rata-rata pengikut Aeril di Instagram turut meluahkan kegembiraan mereka melihat kebahagian pasangan ini.

Malah mereka turut mendoakan agar rumah tangga Aeril dan Wawa berkekalan selamanya. Berikut dikongsikan komen- komen yang di tulis oleh netizen.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata,

Sejak awal mereka berdua mula berniaga, pasangan ini tidak pernah merasa berputus asa malah lebih berusaha demi mencapai kejayaan.

Pasangan ini juga pernah dihina dan disindir selepas mereka mendirikan rumah tangga kerana di anggap tidak akan berjaya apabila mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia muda.

Namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya kerana selepas berkahwin,rezeki mereka berdua semakin banyak dan berjaya mengusahakan jenama kosmetik sendiri malah sangat laris di pasaran sehingga berjaya menjadi salah satu founder hebat dan berjaya di Malaysia. Tahniah sekali lagi buat pasangan ini.

Sumber: ig aeril zafril

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!