“Jenuh nak basuh rambut tu”- Netizen

Nama pelakon Nora Danish sudah acap kali menjadi bualan netizen dan kadang-kala hangat dengan pelbagai kntroversi. Dugaan yang dilalui Nora sama sekali tidak menghentikan dirinya daripada bidang lakonan. Lakonan Nora sehingga kini masih menjadi kesukaan ramai dan jarang mengecewakan penonton. Nora juga antara pelakon senior yang sudah lama bertapak dalam industri lakonan dan berpengalaman.

Walaupun pelakon cantik ini sudah mempunyai dua orang cahaya mata, wajah Nora masih kekal awet muda dari usianya yang sebenar.

Melihat pada perkembangan Nora yang terkini, Nora giat aktif menjalankan penggambaran untuk telemovie terbaru iaitu Survival 15 Kaki yang bakal ditayangkan di Astro Citra.

Foto terbaru yang dikongsi Nora menerusi Instagramnya menjadi tumpuan peminat-peminat sehinggakan ramai tidak sabar untuk melihat lakonan aksi Nora.

Menerusi foto tersebut, Nora kelihatan tidak terurus berikutan penggambaran telemovie berkenaan yang dilakukan di dalam hutan.

Meskipun rambut Nora tidak terurus disebabkan penggambaran itu, wajah cantik Nora tetap maintain seperti yang dikatakan oleh netizen.

Tak dinafikan, jarang sekali kita lihat Nora tampil dengan watak lasak yang dipegang olehnya.

“Ya Allah, ni yang tak sabar nak tengok ni sebab suka giler tgok Nora berlakon”-Netizen

Sementara itu, foto Nora telah menerima 35,000 tanda suka dan pelbagai reaksi dariapda netizen menerusi ruangan komen. Tak sabar betul nak tengok lakonan Nora dalam telemovie tu, macam menarik je hehe..

Sumber: Instagram Noradanish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!