“Betul lah orang kata, anak nombor 2 mmg cantik”- Netizen

Bukan setakat ibu bapa yang popular, anak-anak pun dikenali ramai netizen. Siapa lagi kalau bukan tiga puteri comel milik pasangan selebriti Azad Jasmin dan Eira Syaziera. Ramai mengenali Azad Jasmin dengan lawak spontannya menerusi drama atau filem tempatan. Malah semenjak Azad dan Eira dikurniakan cahaya mata yang comel, ramai netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak dara Pak Azad.

Terbaru, Eira Syaziera memuatnaik video anak keduanya di Instagram. Rupa paras yang cantik bagi anak kedua Eira yang dikenali sebagai Ameisya Leann Rose menjadi perhatian selepas videonya dikongsi baru-baru ini.

Walaupun dalam video berkenaan Ameisya dilihat hanya memakai pelitup muka, terserlah wajah cantik Ameisya sehingga menerima banyak pujian daripada netizen.

Lebih menjadi tumpuan apabila ramai menyedari mata Ameisya yang kelihatan cantik sama seperti ibunya.

Video itu telah menerima hampir 300,000 tontonan dan 17,000 tanda suka selepas dimuatnaik dua hari yang lalu.

Rata-rata netizen menzahirkan doa yang baik buat tiga orang cahaya mata Ezad dan Eira menerusi ruangan komen.

“Comel betul lah anak dara pak azad ni, haih, Muka betul mcm hindustan, mata bolat”- Netizen

Semoga anak-anak Pak Azad membesar dengan sihat dan bijak ye.

Sumber: Instagram Eirasyaziera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!