“Elfira Loy ni kalau pregnant, seri dia lain macam” – Netizen

Berseri-serinya wajah ibu mengandung. Ya, memang betul. Anda pasti pernah lihat, ramai ibu mengandung di luar sana yang mempunyai seri wajah. Secara faktanya, Seri wajah ketika hamil sememangnya adalah salah satu perubahan yang normal yang dihadapi oleh bakal ibu. Termasuklah pelakon wanita popular iaitu Elfira Loy yang kini sedang berbadan dua.

Sebelum ini, Elfira pernah mengumumkan dirinya hamil buat kali kedua baru-baru ini. Siapa sahaja yang tidak mengenali anak sulung Elfira bersama pasangannya iaitu Rayyan yang cukup comel dan bijak.

Rezeki buat Elfira dan suami, mereka bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi selepas munculnya Rayyan yang kini berusia dua tahun.

Menerusi posting foto yang dikongsi Elfira sebentar tadi, beliau memuatnaik foto dirinya sedang sarat hamil dipengkapi busana cantik berwarna krim.

Foto Elfira itu telah menarik perhatian pengikut-pengikutnya di Instagram apabila ramai menyedari Elfira semakin berseri-seri sejak hamil anak kedua ini.

Rata-ratanya memuji wajah cantik Elfira dan turut mendoakan agar kandungannya dalam keadaan sihat.

“Cantiknya mummy to be ni, lain macam aura dia, semoga kandungan elfira sihat ye, tak shabar nak tgok baby baru”- Netizen

Dalam pada itu, foto Elfira juga telah menerima komen daripada rakan-rakan artis antaranya Hanis Zalikha dan Ameer Forteen.

Mudah-mudahan mummy dan baby sihat ye.. Tak sabar nak menunggu kelahiran anak kedua El.

Sumber: Instagram Elfiraloy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!