“MasyaAllah rezeki Tya, moga dipermudahkan perjalanan okay” – Ernie Zakri

Berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah sememangnya menjadi dambaan setiap umat Islam yang taat bagi mendekatkan diri denganNya. Apatah lagi tanah haram itu merupakan destinasi golongan para ambia. Mereka yang mendapat kesempatan untuk beribadah di sana sememangnya disifatkan golongan beruntung kerana sesungguhnya dengan niat suci pasti akan mendapat barakah di situ.

Umum maklum, biarpun kunjungan umat Islam dari seluruh dunia tidak putus-putus ke Mekah saban tahun, namun sejak cvd melanda, kerajaan Arab Saudi terpaksa mengehadkan kedatangan jemaah ke sana bagi mengekang penularan wabak jahaat itu. Ya… Malaysia tidak terkecuali.

Pun demikian, selepas hampir dua tahun lamanya, nampaknya pentadbiran negara padang pasir itu mula sedikit demi sedikit menguak pintu masuk bagi umat Islam menunaikan ibadah umrah dan haji. Bagaimanapun, ada sistem prosedur, kawalan dan syarat yang perlu dipatuhi, namun ramai yang akur.

Sudah tentu, mereka yang berjaya melepasi ketetapan telah dibuat antara bertuah yang dapat melepasi sempadan untuk sampai ke kota paling suci umat Islam itu, apatah lagi di saat virus cvd masih belum nampak titik noktahnya.

Rupanya Tya Ariffin dan suaminya juga antara insan terpilih ke sana. Berita mengembirakan itu dikongsikan oleh selebriti dari negara seberang yang juga usahawan itu dalam media sosialnya hari ini.

Ramai dalam kalangan rakan artis dan selebriti menyambut perkongsian tersebut dalam nada gembira. Tidak kurang juga ucapan tahniah daripada netizen dan pengikutnya yang menumpang kegembiraan dan mendoakan Tya dan suaminya, Asyraf Khalid yang berangkat menunaikan umrah semalam selamat pergi dan selamat pulang.

Dalam perkongsiannya, pemilik dengan nama sebenarnya Nutria Wulandri Arifin itu memohon maaf kepada semua jika ada salah yang sengaja maupun tak sengaja olehnya.

“Kepergian ini seperti rezeki bulan kelahiran Tya, mashallah,” antara coretnya. Wah… Alhamdulillah bertuah sungguh menantu Datuk K dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini.

Pada masa sama, Tya turut mengharapkan doa buatnya dan suami agar dipermudahkan urusan umrah hingga kembali semula ke tanah air.

Alhamdulillah… Moga Tya dan suami mendapat umrah yang mabrur. Buat mereka yang mempunyai niat sama mahu ke sana, moga dipermudahkan urusan meskipun dalam cabaran menghadapi saki-baki wabak Covid.

Moga kita dijauhkan daripadanya dan moga ada hikmah di sebaliknya

Sumber : Ig Tya Ariffin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!