“Sejak mommy belikan iphone 13, memanjang nak on the phone”- Aamyra Rosli

Zaman teknologi serba canggih kini, kanak-kanak mudah dipengaaruhi dengan gajet. Jgn terkejut sekiranya ramai kanak-kanak yang tidak boleh renggang langsung dengan smart phone atau sebarang gajet canggih. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar bagi mengurangkan penggunaan gajet buat anak-anak. Lebih baik di usia kanak-kanak ini didedahkan dengan aktiviti berfaedah yang boleh mengembangkan sel-sel minda mereka.

Buat pelakon Aamyra Rosli, kedua-dua cahaya matanya lahir pada zaman teknologi canggih. Maka sebagai ibu bapa, Aamyra Dan suaminya Amar Baharin perlu sentiasa mengawasi anak-anak mereka.

Walaupun Aamyra dan Amar mampu untuk membelikan gajet buat anak-anaknya, mereka kelihatan sentiasa mrngawal aktiviti anak-anak mereka terutamanya Aqeef Anaqi yang semakin membesar.

Jika melihat posting Amira berkongsi aktivitinya bersama anak-anak, pasti ramai netizen teruja melihat perkembangan Aqeef yang telah bergelar sebagai seorang abang.

Video terbaru di Instagram Aamyra menjadi perhatian netizen apabila melihat gelagat comel Aqeef memegang telefon mainan sambil dirakam ibunya. Lebih menjadi perhatian apabila Aqeef petah bercakap dalam bahasa inggeris.

Pandai sungguh Aqeef sekarang ini sama seperti kanak-kanak yang lain. Selain berbahasa Melayu, Aqeef berjaya mrnguasai bahasa Inggeris didikan ibu bapanya.

Sementara itu, video Aqeef telah ditonton sehingga mencecah 136,000 tontonan. Ramai netizen memuji wajah comel Aqeef dan kepandaiannya berbahasa Inggeris.

“Bagusnya Aqeef speaking omputeh, lancar je”- Netizen

Lepas Aqeef, Ayra Aryssa speaking bahasa Inggeris pulak hehe.. Tak sabarnya nak tengok Aqeef belajar bahasa ketiga pulak, mana tahu boleh kuasai tiga bahasa kan..

Sumber: Instagram Aamyrarosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*