“Makin kebelakang turbannya tu” – Netizen

Gaya berfesyen buat wanita berhijab ada pelbagai. Sebagai seorang selebriti sudah tentulah imej versatile perlu diperagakan agar peminat dan pengikut tidak jemu melihat. Gamaknya itulah yang cuba dilakukan Nur Ameera Khan atau lebih dikenali dengan gelaran Little Miss Khan ini. Tidak hairanlah, selain kakaknya Neelofa, dia sendiri mempunyai berjuta pengikut di medsos.

Selain shawl, instafamous ini juga tampaknya gemar menggayakan hijab dengan mengguna pakai turban. Begitupun pemakaiannya kali ini dengan turban gelap dan dres berbunga merah berlatar hitam itu agak mengundang komen netizen yang memerhati.

Tak kurang ramai yang memberikan maklum balas di ruangan komen di posting terbaharunya itu bahawa ‘penutup kepala’ Ameera tersebut kelihatan sudah semakin ‘ke belakang’ hingga menampakkan sebahagian rambut. Dah menegur, pastinya ramai yang sayangkan Ameera tu…

Begitupun tak kurang juga yang memuji akan kecantikan wanita yang pernah mendapat jolokan nama ‘The Next Kardashians’ ini kerana gaya hidupnya yang dikatakan persis ahli keluarga selebriti popular Hollywood, Kardashians iaitu Kylie Jenner.

Apa yang pasti, Ameera yang fasih menggunakan dialek Kelantan dan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian ini sememangnya seorang yang berani dan ke depan dalam memperagakan fesyen dan gaya. Lihat sajalah aksinya ketika berposing.

https://www.instagram.com/p/CW5W_eBhT6E/

Sebagaimana beraninya beliau berfesyen, begitu juga dikatakan sikapnya yang lantang bersuara di laman sosial hingga sering menjadi bahan sensasi media. Ameera kelihatan tidak peduli dengan cakap-cakap netizen di postingnya. Jarang sekali beliau membalasnya.

Juga jarang berkongsi aktiviti peribadi di medsos, sebaliknya usahawan ini banyaknya hanya bekerja mempromosikan produk-produk dan pemakaian. Bagus nampaknya Ameera, langsung ‘tak berkudis’ dengan komen dan salakan netizen.

Berbalik pada isu turban tadi, ironinya dalam pada itu, netizen yang membangkitkan tentang pemakaian turban Ameera itu ada yang ditemplak oleh netizen lain.

Barangkali ‘pro’ Ameera, kata mereka daripada komen sinis dan menjtuhkan, lebih baik doakan yang baik-baik untuk wanita itu. Betul juga ya, siapa kita yang hendak menghakimi orang lain.

Ameera yang lahir pada 8 Dis 2000 ini pun masih muda. Mana tahu dengan doa dan kata-kata positif orang di sekeliling suatu hari nanti, beliau akan berubah lebih baik daripada kita. Lihat saja contoh kakaknya, Neelofa, terlihat lebih manis sekarang ni kan?

Sumber : Ig Ameera Khan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!