“Dari drama Adam Chempaka, betul2 dorang kahwin”- Netizen

Tanggal 24 Oktober 2022 telah menjadi tarikh yang keramat buat pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina apabila mereka berdua menjadikan tarikh hari ini sebagai tarikh penyatuan mereka berdua sebagai pasangan suami isteri. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan pelakon berkenaan selamat diijabkabulkan di sebuah premis acara, sekitar jam 10.40 pagi tadi.

Pasangan mempelai dinikahkan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 M4sjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak Gombak Selangor, Mohamad Khairin Hussein.

Pada majlis itu Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97. Nilai mas kahwin berkenaan merupakan simbolik kepada tarikh lahir Sweet yang j4tuh pada hari ini.

Pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Adam Lee atau nama sebenarnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee itu melangsungkan hari pertunangan bersama Sweet tahun lalu yang juga pada tarikh yang sama iaitu ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.

Menerusi satu hantaran di Instagram Official Hlive, beberapa gambar dan video sekitar majlis pernikahan berkenaan telah di kongsikan buat tatapan para peminat mereka berdua.

Hubungan cinta pelakon bertubuh genit ini dengan pelakon Adam Lee bukan lagi rahsia. Hubungan yang mula berputik sejak berlakon bersama di dalam drama Adam Chempaka itu kian mekar setelah hampir 4 tahun mereka berdua menyulam hubungan cinta.

 

Terdahulu, pasangan ini khabarnya mula berkenalan setelah Sweet memulakan langkah pertama dengan memperlawa Adam untuk menemaninya menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ke 31 pada tahun 2018.

Sweet mengajak Adam menemaninya menghadiri acara berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selepas selesai penggambaran drama yang kali pertama menggandingkan mereka, Adam Chempaka.

Menjengah keruangan komen, netizen membanjiri ucapan tahniah dan doa yang baik- baik buat pasangan mempelai yang baru sahaja memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka berdua.

Netizen juga memuji baju pengantin yang di sarung oleh Sweet Qismina kerana kelihatan sangat sopan bak puteri arab. Berikut di kongsikan juga antara komen- komen yang di tulis oleh netizen.

Dengan ikatan pernikahan ini, pasangan ini juga mengharapkan supaya hubungan mereka berdua terus utuh dan meminta doa daripada para peminat agar segala urusan mereka berdua seterusnya akan berjalan dengan lancar.

Sumber: ig official hlive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!