“Ala Nabil mesti dah tahu”- Netizen

Trend di Tiktok sentiasa menjadi perhatian ramai dalam kalangan rakyat Malaysia. Aplikasi Tiktok sudah menjadi satu kewajipan buat kita semua yang lebih suka melihat video di timeline Tiktok. Bahkan video kita pun mudah untuk viral dan menerima jumlah tontonan yang tinggi. Orang biasa pun boleh popular tau, bukan selebriti je..

Tidak terkecuali, ramai peniaga dan selebriti telah berpindah ke Tiktok dan membuat pelbagai video trending untuk meraih populariti. Malah tiktok antara platform buat usahawan untuk strategi pemasaran mereka.

Termasuklah stesyen radio popular Era turut sama mempunyai tiktok sendiri dan sentiasa update dengan video trending.

Namun siapa sangka, penyampai radio Era dan juga pelawak terkenal iaitu Nabil Ahmad antara selebriti yang tidak terlalu aktif dengan trending di Tiktok seperti yang dikatakan oleh team Era sendiri.

Buktinya, Radin dan Azad Jazmin sempat ‘mengenakan’ Nabil menerusi video terbaru yang dikongsi oleh team Era di Instagram.

Radin dan Azad pura-pura meminta Nabil merekod mereka menari namun sebaliknya, terpampang wajah nabil yang teruja itu hehe..

Amboi Radin dan Azad, sempat lagi menyakat ya.. Memang meriah betul tengok brotherhood mereka ini

Ada sebahagian netizen membuat andaian dengan mengatakan Nabil sebenarnya seolah seolah sudah tahu rancangan Radin dan Azad.

Sementara itu, video mereka telah meraih 238,000 tontonan sejak dimuatnaik pagi Selasa. Pelbagai respon daripada netizen si ruangan komen.

Terhibur betul netizen tengok gelagat tiga sekawan ni. Memang happening betul lah studio Era dengan gelagat diorang ni hehe..

Sumber: Instagram era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!