“Baru nmpk suri jiwa Ally Iskandar, dh ada baby rupanya”- Netizen

Sunyi sepi tanpa menonjolkan kehidupan peribadinya, rupanya dia diam-diam ubi berisi. Semenjak mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 22 Jun 2019, jarang benar pengacara, Ally Iskandar memperlihatkan wajah isterinya. Tahu-tahu rupanya dia dan Marlina Ibrahim dipercayai sudah mempunyai cahaya mata. Jika benar bagai dikata dan diucapkan netizen di medsosnya, alhamdulillah dan tahniah buat Ally dan pasangan.

Dengan memperlihatkan wajah manis isterinya yang duduk sambil memegang seorang bayi, ramai netizen yang agak teruja dengan perkongsian hantaran Ally di IG nya kali ini. Tak kurang yang mengakui baharu pertama kali melihat kedua-dua buah hati Ally itu.

“Baru nmpk suri jiiwa Ally Iskandar..dh ada baby rupanya”, “Alhmdulilah. Comel ibu anak”, “First time muncul suri jiwanya”, “Alhamdulilah Dan tahniah Ally Iskandar..Semuga bahagia bersama Suri jiwa”,

“Ingat lum dapt anak….maream dapt adik girl”, “Buka² ig, terkejut tgk allyiskandarrasmi pos gambar isteri.. “dapat pun tgk isteri dan anaknya” (dlm hati)”, itu antara komen netizen.

Jujur, bukan setakat bayinya yang comel, isteri Elly juga dipuji netizen kerana mempunyai raut wajah yang menawan. Agak mencuit hati apabila ada yang tak perasan pada mulanya menebak ia wajah penyanyi, Elyana dan ada juga yang ingat pelakon, Syatilla Melvin dan Fasha Sandha.

Untuk info, selepas tiga tahun menduda, bekas suami kepada personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau Farah Lee ini mendirikan rumah tangga pula dengan Marlina yang dikhabarkan berasal dari Temerloh, Pahang.

Terdahulu, bernikah dengan Farah Lee pada 20 Januari 2012, begitupun jodoh mereka bagaimanapun tidak panjang apabila mengambil keputusan untuk berpisah jua pada 17 Ogos 2016.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Ally dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabel yang kini berusia lapan tahun. Hubungan Ally terus baik dengan isterinya walaupun tiada lagi ikatan, bahkan Farah Lee sebelum itu mengakui lega apabila bekas suaminya kembali bertemu jodoh.

Kalau diikutkan gamaknya memang Ally ni perahsia orangnya. Foto dia bernikah dengan Marlina pun hanya dikongsi adiknya, Ardi Herman menerusi Instagram barulah netizen dapat menghidu beritanya. Apa pun pasti Ally ada sebab tersendiri.

Apa pun moga terus berbahagia buat Ally, isteri dan anak-anaknya biarpun sebelum ini dia pernah terpalit dengan isu ditular berkenaan pemberian nafkah kepada anak dengan bekas isterinya. Pastinya sudah selesai cara baik.

Dilahirkan pada 13 Januari 1976 dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor, Ally merupakan anak kedua daripada 7 beradik. Adiknya, Ardi Herman turut berkecimpung dalam bidang penyiaran.

Ibu bapa beliau berasal dari Kuala Terengganu. Ally graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.

Sumber : Ig Ally Iskandar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!