“Bahaaya siapa tahu pakcik tu ada 50k, terima kasih atas penjelasan” – Netizen

Beberapa hari ini telah tular video mengenai seorang usahawan yang sedang memberikan kata-kata motivasi terhadap para gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Bagaimanapun video yang dikongsikan oleh usahawan itu sendiri telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila nada suara dan kata-kata yang digunakan usahawan berkenaan dilihat agak tidak beradap semasa bercakap dengan seorang warga emas.

Niat usahawan tersebut menjemput seorang gelandangan yang berani tampil kehadapan berkongsi kisah dirinya sebagai pengajaran menambahkan lagi rasa kasihan netizen terhadap warga emas berkenaan.

Usahawan tersebut sebenarnya cuba memberikan kata-kata semangat buat warga emas yang dikenali sebagai Pak Cik Hadi itu, namun beliau akhirnya tersilap langkah apabila perkataan dan nada suara yang digunakan beliau mengundang kec4man ekoran layanan sebegitu dilihat kurang sesuai terhadap seorang warga emas berusia lingkungan 60 tahun.

Usahawan berkenaan telah menggunakan nada suara yang agak tinggi ketika bercakap dengan warga emas yang boleh dikatakan peringkat seusia bapa beliau sendiri. Lebih menyedihkan apabila Pak Cik Hadi akhirnya diberikan ganjaran sebanyak RM50 kerana berani tampil kehadapan berkongsi kisah dirinya.

Ekoran tindakan usahawan itu, ramai netizen yang memberikan reaksi tidak berpuas hati dan mahu usahawan berkenaan bertanggungjawab terhadap tindakan beliau yang seolah-oleh telah menjatuhkan maruah dan memaluukan Pak Cik Hadi.

Sehubungan itu, usahawan yang terlibat telahpun membuat permohonan maaf kepada Pak Cik Hadi apabila kembali semula ke pusat transit tersebut bersama Yusuf Azmi daripada NGO Semboyan.

Berang dengan layanan kurang beradap yang dilakukan oleh usahawan berkenaan terhadap Pak Cik Hadi, ramai selebriti yang telah menyuarakan rasa marah dan geram mereka kepada perilaku usahawan tersebut. Salah seorangnya adalah ahli kumpulan K-Clique iaitu MK atau nama sebenar beliau Muhammad Hairi Amin Bin Hamdan.

Rasa geram ahli kumpulan K-Clique itu menyebabkan beliau meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi beberapa perkongsian di Instagram story. Salah satunya adalah apabila beliau menyatakan ingin memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Pak Cik Hadi kerana merasa nilai yang diberikan oleh usahawan tersebut iaitu sebanyak RM50 adalah tidak wajar apabila melibatkan maruah Pak Cik Hadi sendiri.

Perkara tersebut telah tersebar sehingga menyebabkan MK perlu memberikan penjelasan mengenai sumbangan beliau itu. Menerusi muatnaik terkini penyanyi Peluang Kedua itu di Instagram beliau, MK menjelaskan beliau tidak akan menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 secara terus kepada Pak Cik Hadi atas faktor tertentu.

https://www.instagram.com/p/CR8t0rdnfBU/?utm_medium=share_sheet

Jelas MK lagi, sumbangan wang berkenaan akan dipecahkan kepada beberapa pihak dan pihak pengurusan beliau juga telah berurusan dengan pusat transit tersebut demi menjayakan usaha seperti dalam perbincangan mereka berdua sebelum ini. MK turut mengucapkan terima kasih kepada semua netizen yang telah mendoakan kesejahteraan Pak Cik Hadi.

Menerusi ruangan komen, netizen bersetuju dengan tindakan MK yang tidak menyerahkan wang tersebut sepenuhnya kepada Pak Cik Hadi demi keselamatan warga emas itu sendiri.

Mereka memuji sikap pemurah MK dan mendoakan kesejahteraan penyanyi tersebut. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

“Kang pakcik tu kene rompak ke kene apa ke sape nk jawab ? Kira okay la dia serahkan pada pihak tertentu  satu malaysia tahu ni” – Netizen

“Duit sedebuk bagi kt homeless akan disalahguna. Kena ada yg tadbir urus . Pemikiran , hala tuju, long term predict golongan ni amat rendah. Kena ada org bantu” – Netizen

Tahniah MK kerana sudah menjadi contoh yang baik kepada masyarakat semua terutamanya buat golongan muda yang amat meminati lagu-lagu kumpulan K-Clique.

Sebagai seorang penyanyi yang mempunyai pengaaruh yang ramai, MK sudah menunjukkan sikap pemurah dan perihatin beliau kepada golongan warga emas. Mudah-mudahan sikap beliau ini bakal menjadi tauladan dan ikutan kepada anak muda yang lain pula.

Sumber : hairiwhuut

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!