“Jujur saya risau, jujur saya tkut, jujur saya teruja, jujurlah padaku” – Fafau

Setelah pelbagai kntr0versi yang melanda penyampai radio Hotfm sejak awal tahun lalu, akhirnya trio pagi stesen berkenaan lengkap dengan kehadiran dua orang bekas penyampai lama radio mereka iaitu AG Azmeer dan Fara Fauzana. Kehadiran orang lama yang suatu ketika dahulu menaikkan nama stesen radio tersebut begitu dinantikan dan ditunggu-tunggu oleh para pendengar setia stesen radio tersebut.

Pada 19 Julai yang lalu telah menyaksikan dua orang penyampai radio Hotfm akhirnya telah ditamatkan kontrak iaitu Mark Adam dan Fizie. Sebelum ini Mark Adam dan Riena telah dibawa masuk untuk menjadi penyampai radio Hotfm bagi melengkap kan Geng Pagi Hot bersiaran bersama Fizie setelah Shuuib Sepahtu mengundurkan diri dan Shuk pula ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio sekitar Februari lalu.

Bagaimanapun baru sahaja 5 bulan mengendalikan slot Geng Pagi Hot, pelantun lagu Marry Me dan Pencuri iaitu Mark Adam telahpun ditamatkan kontrak. Fizie juga ditamatkan kontrak pada hari yang sama bersama Mark Adam setelah hampir 10 tahun berkhidmat di stesen radio itu.

Walaupun Mark Adam sedikit terkilan kerana menurut penyanyi itu mengikut kontrak asal semasa beliau di tawarkan sebagai penyampai radio Hotfm adalah selama 2 tahun namun Mark Adam redha dengan apa yg terjadi kerana menganggap rezeki beliau bersama stesen radio berkenaan hanya bertahan selama 6 bulan.

Timbul tanda tanya dalam kalangan pendengar mengenai siapa yang bakal menggantikan Mark Adam dan Fizie setelah mereka berdua meningX pgalkan slot Geng Pagi Hot.

Pelawak Fad Bocey yang turut menyertai keluarga baru Hotfm sekitar bulan Mac sebagai pelengkap Trio Jam Hot pada sebelah petang telah ditukarkan untuk mengendalikan slot Geng Pagi Hot yg bersiaran sebelah pagi.

Menariknya Fad tidak keseorangan kerana bekas penyampai radio Hotfm Slot AM Krew iaitu AG Azmeer yang digantikan dengan Slot Geng Pagi Hot sebelum ini turut sama bersiaran menemani Fad.

Terkini menerusi Instagram Hotfm, mereka telah mendedahkan selebriti yang bakal melengkapkan lagi geng pagi hot yang kini dikendalikan oleh AG dan Fad Bocey. Selebriti berkenaan tidak lain dan tidak bukan adalah bekas penyampai radio Hotfm sendiri iaitu Fara Fauzana yang memulakan tugas bermula hari Khamis.

Sementara itu di Instagram Fara pula, beliau berkongsi mengenai tugasan barunya yang kembali semula menjadi penyampai radio setelah menggalkan stesen tersebut beberapa tahun lalu.

Fara berkata dirinya merasa sangat risau, takut dan teruja untuk kembali semula menjadi penyampai radio. Kongsi Fara lagi, beliau berharap para pendengar akan dapat menerima kekurangan dan kehadiran beliau seadanya.

Kemunculan semula bekas penyampai senior itu di Slot Geng Pagi Hot telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada para pengikut akaun instagram Hotfm. Rata-ratanya meluahkan perasaan rindu mereka kepada trio menyampai Hotfm yang lama iaitu AG Azmeer, Fara Fauzana dan juga Faizal Ismail kerana keserasian yang wujud antara mereka bertiga semasa mengendalikan slot AM Krew dahulu.

Sememangnya setelah AG keudara bersama stesen hotfm sebelum ini nama Fara Fauzana pula disebut-sebut supaya turut serta bagi melengkapkan lagi trio lama berkenaan. Akhirnya stesen hotfm berjaya memenuhi permintaan para pendengar setia mereka dengan kehadiran semula Fara Fauzana.

“omg bestnya fafau dah masuk hot fm balik. Dulu hari hari layan pagi hot fm dekat TV sebab nak tengok muka korang.” – Netizen

“aik baliklah rating hot.fm lepas ni..aku bertahun dah x dengar Hot.fm sbb duk pulun suria jer hari2..fafau n a.g ada bleh on blk..otai2 ni best intonasi. Lancarrr” – Netizen

Perkongsian dan pengumuman Fara Fauzana yang kembali mengendalikan slot pagi di stesen radio Hotfm sebagai penyampai radio di Instagram peribadinya itu telah menerima sebanyak 44,000 tanda suka dan 1696 komen daripada peminat dan pendengar yang menyokong kehadiran semula Fara Fauzana di stesen radio berkenaan.

Sumber : therealfafau

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!