“Terbaik Dato, yang tua di santuni yg susah di bantu. Adab lbh tinggi dari ilmu” – Netizen

Nama Dato Aliff Syukri tidak lagi perlu diperkenalkan di Malaysia kerana rata-ratanya rakyat Malaysia sudahpun mengenali beliau sebagai seorang usahawan kosmetik dan Abang Terlajak Laris. Sejak menjadi penaja sebuah program hiburan popular tidak lama dahulu, nama beliau cukup dikenali dengan slogan Terlajak Laris yang merupakan slogan syarikat beliau Dherbs ketika itu.

Dato Aliff bukan sahaja terkenal kerana terlibat dalam bidang perniagaan namun beliau juga pernah berlakon di dalam filem Badang membawa watak utama dan juga mengeluarkan beberapa lagu seperti Bobo Dimana, Abang Nak Tegur, Coba Bahagia, Biar Apa Orang Kata dan yang terbaru di hasilkan sekitar bulan syawal yang lalu iaitu lagu Lalala Raya.

Bukan mudah untuk berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Namun berkat sikap Dato Aliff yang sentiasa merendah diri dan sangat menghormati ibu serta arwh ayahnya, Dato Aliff mampu mengecapi kejayaan seperti hari ini.

Beberapa hari ini telah tular video mengenai tindakan seorang usahawan yang sedang memberikan kata-kata motivasi terhadap para gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun video berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila nada suara dan gaya percakapan yang digunakan terhadap seorang warga emas berusia lingkungan 60 tahun yang dikenali sebagai Pak Cik Hadi itu kurang beradap dan tidak wajar apatah lagi ketika bercakap dengan orang tua yang boleh dikatakan pada peringkat usia seorang bapa.

Ekoran tindakan usahawan itu, ramai netizen yang memberikan reaksi tidak berpuas hati dan mahu usahawan berkenaan bertanggungjawab terhadap tindakan beliau yang seolah-oleh telah menjatuhkan maruah dan memaaluukan Pak Cik Hadi.

Sehubungan itu, usahawan yang terlibat telahpun membuat permohonan maaf kepada Pak Cik Hadi apabila kembali semula ke pusat transit tersebut bersama Yusuf Azmi.

Terkini menerusi Instagram, Dato Alif Syukri telah memuatnaik sebuah video beliau menyantuni seorang warga emas yang sedang berusaha mencari barangan kitar semula di kawasan berdekatan rumah beliau.

Semasa menemubual warga emas berkenaan, individu tersebut menyatakan bahawa sebelum musim pandemik beliau berupaya menjana pendapat sehingga RM30 hingga RM40 hasil pengumpulan barangan plastik sehari namun sejak pandemik pendapatan beliau terjejas kepada RM5 hingga RM10 sehari.

Dato Aliff memuji usaha pak cik tersebut kerana tidak meminta-minta dan bekerja demi mencari pendapatan yang halal buat keluarganya.

Menerusi hantaran tersebut juga Dato Aliff berkata beliau merasa kasihan dengan pakcik berkenaan yang hidup dengan hanya bergantung kepada menjual barangan kitar semula.

https://www.instagram.com/tv/CR5769aJHgj/?utm_medium=copy_link

Dato Aliff turut membuka peluang buat sesiapa yang ingin membantu dan menghulurkan sumbangan dengan menghubungi nombor telefon yang diberikan. Dato Aliff juga sempat memaklumkan untuk menghubungi pengurus beliau sekiranya ingin meminta bantuan daripada beliau.

Para pengikut akaun Instagram Dato Aliff merasa sangat simpati dan kasihan dengan nasib pakcik berkenaan namun netizen memuji usaha usahawan tersohor itu menyantuni pak cik tersebut dan membantu golongan yang terjejas pendapatan seperti pakcik berkenaan.

Ada juga netizen yang mengaitkan tindakan Dato Aliff dengan video yang sedang tular diperkatakan mengenai seorang usahawan yang agak kurang sopan terhadap warga emas tempoh hari.

Netizen memuji Dato Aliff Syukri yang sangat bersopan dan beradap serta menghormati orang tua walaupun beliau berpangkat Dato Seri. Berikut dikongsikan komen-komen para pengikut akaun Instagram Dato Aliff terhadap video berkenaan.

“Xpe pkck..sekurang kurangnya pkck ada usaha carik rezeki halal..x meminta minta..kdg2 mmg ada org tua yg x blh ddk diam..suka wat kje..kita doakn pkck sht sejahtera utk jln kn kewajipan sbg hamba Allah utk carik rezeki halal gak.” – Netizen

“Ni 1st time sy tgok content dato dan tibe² air mata sy pun jatuh moga Allah mmberi keberkatan dan limpahan rezeki buat dato lg…..buat pakcik tu moga Allah hadiahkan kasih sygnya juga pd dia aamiin” – Netizen

Sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 315,000 tontonan dan menerima sehingga 986 komen dripada para netizen yang terharu dan sebak dengan tindakan Dato Aliff Syukri itu.

Walaupun ada pangkat tapi Dato Seri Aliff Syukri tetap merendah diri apabila bersama orang yang lebih berusia daripada beliau. Tahniah kerana sudah menjadi contoh yang baik kepada masyarakat semua.

Sumber : aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!