“Amboi Dato Siti kuat main filter” – Netizen

Tiada yang lebih menggembirakan buat seorang ibu apabila anaknya dilahirkan cukup sempurna. Begitulah yang dilalui oleh penyanyi nombor satu negara yang kini sedang sibuk memberikan perhatian buat anak-anak serta perniagaan beliau. Dato Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di sapa sebagai Tokti dalam kalangan peminat. Jika sebelum ini beliau mengambil masa sehingga 11 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata pertamanya Siti Aafiyah, namun anak kedua beliau yang merupakan seorang bayi lelaki hanya berbeza sekitar 3 tahun dengan Siti Aafiyah.

Anak lelaki Tokti iaitu Muhammad Afwa dilahirkan pada awal ramadhan yang lalu dan kini sudah pun berusia 3 Bulan. Gambar terbaru Muhammad Afwa juga telah dikongsikan oleh Tokti buat tatapan para peminat menerusi instagram peribadinya sekitar pertengahan bulan Julai lalu.

Gambar Muhammad Afwa itu saling tak tumpah seperti abangnya Asyraff Khalid yang juga merupakan suami kepada pelakon dan usahawan Tya Ariffin.

Nama Tokti juga kembali menjadi sebutan apabila beliau berkongsi gambar terbaru yang menunjukkan penampilannya dimana terlihat sangat kuros dan ramping setelah melahirkan anak keduanya Afwa.

Tokti sudahpun selesai menjalani tempoh berpantang namun masih mengekalkan pemakanan yang sihat dan rutin bersauna dirumahnya.

Mengikuti perubahan semasa yang pantas dengan perubahan teknologi, Tokti juga tidak ketinggalan dengan berkongsi beberapa keping gambar dirinya di Instagram dengan menggunakan applikasi “filter” yang sangat terkenal dalam kalangan para pengguna telefon bimbit masa kini.

Penggunaan applikasi berkenaan antara lain akan menaikkan lagi kesempurnaan gambar serta menjadikan wajah tampak lebih cantik dan muda.

Terkini Tokti telah berkongsi sekeping lagi gambar terbaru dirinya yang kelihatan muda remaja apabila menggunakan applikasi berkenaan. Gambar berkenaan telah menerima ribuan pujian daripada para peminat setia beliau yang sentiasa mengambil tahu dan mengikuti setiap perkembangan penyanyi pujaan mereka itu.

Disebalik pujian yang diterima, bagaimanapun gambar yang dikongsikan oleh Tokti itu juga menerima usikan manja netizen apabila Netizen menegur penyanyi lagu Cindai itu terlalu kerap berkongsi gambar menggunakan applikasi filter.

Menariknya komen berkenaan telah mendapat respon daripada Tokti sendiri  apabila tuan empunya badan berkata tidak salah jika dirinya hanya ingin berangan. Berikut dikongsikan komen tersebut.

Tidak salah berangan bak kata Tokti. Tambahan pula Tokti berkongsi gambar dirinya itu buat tatapan para peminat setia beliau yang sering menanti perkembangan terkini dirinya itu.

Apatah lagi pula Instagram peribadi tersebut merupakan platform untuk penyanyi berkenaan berinteraksi bersama para peminat dan bebas untuk beliau berkongsi apa sahaja bersama peminat setianya.

Sumber : ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!