“Wah ramai jwb betul ye Aunty Lala, suka Dekta”- Netizen

Jika sebelum ini ramai hanya meneka-neka dan tertanya-tanya siapakah auntie yang menjadi sebutan bunga nan sekuntum anak pelawak, Shuib Sepahtu, mesra digelar Dekta ini, perkongsian hantaran video ini pastinya antara merungkai persoalan di benak mereka yang mengikuti perkembangan dia dan empat anak kesayangannya. Jika sebelum ini wajah auntie itu hanya ditonjolkan dari sipi, kali ini terus nampak sebijik.

Ramai netizen menebak, pelakon Wan Sharmila adalah auntie misteri yang sebelum ini jadi sebutan apabila kelibatnya dikongsikan di medsos IG arwh isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

Apatah lagi kali ini sambil memanggil Auntie Lala, Dekta dilihat mesra sekali dengannya. Sambil minum-minum dan makan bersama Wan Sharmila, Dekta kelihatan mesra sekali berjalan-jalan dan dibelikan barangan di kedai buku.

Mungkinkah itu wanita yang dikatakan pilihan Shuib bagi menggantikan tempat buat ibu pada empat buah hatinya? Nampaknya ramai yang meneka sedemikian apatah lagi melihat kemesraan Dekta dan Wan Sharmila atau mesra dipanggil Lala.

Kalau benar pun apa salahnya kannn… lagipun Wan Sharmila juga masih bujang. Dalam pada itu tak kurang yang berasa sebak melihat aksi mereka ibarat ibu dan anak itu, umpama Dekta atau nama sebenarnya, Dzahira Talita Zahr, 9, sudah ada tempat menumpang kasih ibu.

“Kalau dia nk buat bini.. Ramai netizen setuju”, “Ni lah auntu yg maatin ckp tu kan..cantik wan sharmila..”, “Klau jdi mami dekta betui2 kn best..”, “Klau berjodoh alhamdulillah…doakan sje yg baik2…insya Allah dtg pun yg baik2..”,

“Alhamdulillah klu btul lala..suka tgk lala ni..sederhana dan lembut..masak pun pandai..cuma x pernah dgr lg dia nyanyi sbb hari tu shuib ada ckp nk yg pandai nyanyi”. Itu antara komen netizen.

Kebelakangan ini, anak-anak Shuib sering memperkatakan tentang seorang auntie yang ‘disembunyikan’ wajahnya. Ada pula momen wanita itu dilihat erat dengan Dekta seperti memeluk anak itu. Ramai merasakan wanita kelihatan seperti kelibat Lala itu bakal ibu tiri mereka.

Begitupun, beberapa hari lalu menjawab kepada sebuah media, menurut pelakon 7 Hari Mencintaiku itu, dia bukanlah wanita seperti yang ditebak oleh netizen. Melihat video itu, kata Lala dia mengakui wanita itu kelihatan seperti dirinya, namun yang pasti bukan dia.

Lala juga berharap netizen tidak berkata berlebihan yang boleh mengguris hati orang lain atau wanita yang benar-benar sedang berkawan dengan Shuib apabila namanya pula yang sering disebut.

Jadi siapakah gerangan wanita itu? Adakah benar-benar Lala yg masih mahu menyembunyikan kebenaran atau betul bukan Lala? Hanya Dekta, Shuib dan ahli keluarganya yang lebih tahu. Doakan saja yang baik-baik untuk mereka ya…

Sumber : Ig Siti Sarah Raisuddin, Wan Sharmila & Shuib

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!