“Jaga aurat sis” – Netizen

Kebanyakan artis apabila ditegur secara terbuka oleh netizen dalam mana-mana media sosial, selalunya langsung tidak diendahkan malahan ada juga yang membalas teguran tersebut dengan nada yang marah. Mungkin kerana kadang-kadang sikap netizen yang terlalu tegas dalam memberi teguran maka artis juga turut terasa. Jarang ada artis yang menjawab teguran netizen dengan baik makin-makin lagi yang berterima kasih kerana memberi peringatan.

Tetapi tidak bagi aktress terkenal Tiz Zaqyah. Balasan komen yang diberikan oleh Tiz Zaqyah adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka oleh netizen. Walaupun mempunyai rupa paras yang agak garang, namun pelakon jelita ini sebenarnya seseorang yang boleh menerima teguran secara terbuka.

Menerusi video perkongsian Tiz Zaqyah yang berdurasi pendek itu, Tiz Zaqyah yang sedang menari-nari sambil mempromosikan produk Aura Kasih Jamu Warisan Modern itu memakai pakaian yang agak singkat sehingga menampakkan pahanya yang putih melepak.

Ditambah lagi dengan aksi Tiz Zaqyah yang sedang menari-nari kemudian berlari-lari anak sehingga dress yang dipakainya itu hampir terselak, sudah tentu ramai para followers Tiz Zaqyah yang berasa kurang selesa dengan penampilannya sewaktu berada di Langkawi.

Video TikTok perkongsian Tiz Zaqyah itu telah dimuatnaik melalui akaun Instagram Tiz Zaqyah pada dua hari yang lalu dan berjaya meraih sebanyak 28,065 likes dan 193 komen.

Dan seperti biasa jikalau terdapat artis memakai pakaian yang menampakkan aurat, sudah pasti ada sebilangan netizen yang akan memberi teguran kepada artis yang terlibat.

Namun, balasan Tiz Zaqyah yang bersahaja membalas teguran tersebut berjaya menarik perhatian umum. Walaupun diberikan teguran, namun Tiz Zaqyah hanya membalas teguran tersebut dengan memberi ’emoticon’ love kepada netizen.

Jelas sekali Tiz Zaqyah sedikitpun tidak terganggu dengan teguran netizen yang menyuruhnya untuk menjaga aurat.

Ramai juga rakan artis yang memuji kecantikan semulajadi Tiz Zaqyah serta memberi ucapan agar Tiz Zaqyah dapat menikmati cutinya ini seperti Ning Baizura dan Tiara Jacquelina.

Tiz Zaqyah yang sedang bercuti di pulau Langkawi ini datang bersama-sama dengan kumpulan Aura Kasih Empire yang lain. Tiz Zaqyah juga tidak lupa untuk menasihati followers Instagramnya agar sentiasa mematuhi SOP semasa sedang bercuti di mana-mana sahaja.

Sumber: Instagram Tiz Zaqyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!