“Wah Tokti pun dah Tiktok lah”- Netizen

Aplikasi Tiktok kini menjadi pilihan ramai selebriti Malaysia dan netizen. Apa sahaja video yang trending pasti menjadi ikutan semua. Selepas Instagram, Tiktok juga menjadi satu medium bagi usahawan tempatan mempromosikan produk mereka. Termasuklah penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza, beliau juga antara selebriti tempatan yang aktif bermain aplikasi Tiktok.

Ada saja video Tiktok terbaru dari Dato Siti Nurhaliza atau dikenali dengan Tokti ini yang dikongsi menerusi laman Instagram dan juga Tiktok.

Apabila Tokti berkongsi video Tiktok jer, pasti menerima banyak reaksi daripada peminat-peminatnya. Almaklumlah, jarang sekali tengok Tokti bertiktok. Sekali videonya tular, ramai pasti akan suka dengan gelagat lucu Tokti.

Video terbaru dari Tokti telah menjadi perhatian ramai apabila video tersebut menunjukkan Tokti daripada wajah aslinya bertukar kepada wajah yang telah disolek.

Asalnya video tersebut bertujuan untuk mempromosikan produk Tokti sendiri. Memang terpegun habis melihatnya. Peminat-peminat Tokti telah membanjiri ruangan komen dengan memuji kecantikan semula jadi Tokti sejak dulu lagi.

“Tokti ni dr dulu dah cantik, aduh lawanya lahai, kan best kuulit peloles macam tokti”- Netizen

Selain itu, video tiktok milik Tokti telah merima 24,000 tanda suka dan ratusan komen daripada netizen.

Sukanya tengok Tokti ni, lawa dari dulu lagi. Cantik semulajadi tu memang ada sejak dulu, ramai peminat terpukau dah tengok Tokti ni hehe..

Sumber: instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!