“Bagus abg long tak abaikan adik Ameena, adik susuan muhrim tu” – Netizen

Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan untuk mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah serta mampu berbakti kepada keluarga mahupun masyarakat. Buat pasangan usahawan Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida, mereka berdua bertuah kerana dikurniakan 6 orang cahaya mata. Walaupun salah seorangnya iaitu Ameena merupakan anak angkat, namun mereka tidak pernah menganggap Ameena anak angkat dan tetap melayani Ameena sepertimana anak-anak mereka yang lain.

Anak sulung pasangan ini iaitu Ammar telahpun menginjak keusia remaja iaitu berusia 13 tahun. Dato Aliff dan Datin Shahida telah mendedahkan anak-anak mereka mengenai dunia perniagaan sejak dari kecil lagi.

Jadi tidak mustahil jika tidak lama lagi Ammar mampu mengikuti jejak lagkah ibu bapanya untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Apa yang penting Ammar tidak mudah putus asa dan sentiasa memperbaiki diri untuk mempersiapkan diri menjadi seorang usahawan berjaya standing bapanya suatu hari nanti.

Jika Dato Aliff sentiasa sibuk dengan perniagaan beliau, berlainan pula dengan Datin Shahida. Datin merupakan seorang ibu yang sangat penyayang dan sentiasa meletakkan anak-anak di hadapan.

Terkini menerusi Instagram, Datin Shahida berkongsi sekeping gambar anak sulungnya Ammar yang kini telah berusia 13 tahun dan sangat pandai melayani kerenah adik-adik.

Datin Shahida turut berkongsi sikap anaknya yang tidak suka memakai seluar pendek sejak dari kecil dan sangat penyayang dengan adik-adiknya. Malahan adik-adiknya juga amat selesa dan sangat menyayangi abang sulung mereka itu.

Menjengah keruangan komen, netizen  terharu melihat layanan yang ditunjukkan Ammar terhadap adik-adik. Malahan mereka juga gembira kerana Ammar tidak mengabaikan adiknya Ameena dan melayani Ameena sepertimana adik-adiknya yang lain.

Jika diikutkan Ameena merupakan adik kandung Ammar juga kerana merupakan anak susuan kepada Datin Shahida. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan di ruangan komen Instagram Datin Shahida itu.

Semakin meningkat dewasa, anak-anak kian sedar mengenai tanggungjawab dan amanah yang perlu mereka pikul untuk menjaga ibu bapa serta keluarga.

Datin Shahida bertuah kerana telah berjaya mendidik Ammar dengan baik dan menunjukkan sikap yang sangat prihatin serta penyayang terhadap keluarga mahupun adik-beradiknya.

Mudah-mudahan apabila sudah dewasa kelak Ammar akan menjadi seorang anak yang mampu membalas jasa kedua ibu bapanya. Amin.

Sumber: ig Datin Shahida.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*