“Sedap lagi suara Datin”, peminat minta Datin Shahida ganti Dato Aliff dlm lagu Lala Raya

Baru-baru ini Dato Aliff Syukri telah muncul dengan lagu raya terbaru beliau berjudul Lalala Raya. Muzik Video lagu raya tersebut telahpun di lancarkan secara rasmi di saluran Youtube milik beliau iaitu TV Terlajak Laris pada hari isnin yang lalu. Sebelum ini Dato Aliff pernah berkongsi beberapa video teaser dan juga rakaman di sebalik tabir proses rakaman lagu tersebut buat tatapan para peminat di Instagram.

Bagaimanapun respon daripada para peminat agak mengecewakan kerana merasakan suara beliau tidak sesuai untuk menyanyikan lagu yang bernada tinggi.

Untuk rekod beliau terjun ke dunia seni apabila menyanyikan lagu pertama beliau bersama Sajat berjudul Abang Nak Tegur beberapa tahun lepas. Dato Aliff kemudiannya turut menjadi pelakon apabila menjadi teraju utama filem Badang.

Dato Aliff pernah muncul dengan beberapa lagu. Antaranya ialah lagu Bobo dimana berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia Lucinta Luna.

Beliau juga pernah tampil dengan klip video air mata berdrah menerusi lagu Cuba Bahagia di mana klip lagu tersebut menjadi tular dan meraih sehingga 2.8 juta tontonan di saluran youtube.

Menerusi instagram Datin Shahida, isteri kepada Dato Aliff Syukri itu berkongsi luahan hati suaminya yang merasa agak murung dan kesedihan setelah menerima respon negatif daripada para peminat terhadap lagu raya nyanyian beliau.

Video yang dirakam untuk mempromosikan tudung itu turut memaparkan Datin Shahida menyanyikan sedikit beberapa lirik lagu raya nyanyian suaminya itu.

https://www.instagram.com/tv/COdF4WIn5Ek/?igshid=cszkld5uxxmc

Lagu nyanyian dan suara Dato Aliff mendapat kritikan hebat netizen. Malahan aksi beberapa orang lelaki di dalam video berkenaan yang kelihatan menari sambil menyanyi bersama Dato di rasakan tidak sesuai muncul di dalam klip video tersebut.

Menjengah keruangan komen, rata-rata peminat telah mngalkan komen yang kembali memberikan semangat buat Dato Aliff. Lagu dan suara Dato Aliff lebih kepada hanya sekadar memberikan hiburan buat mereka.

Malahan menurut netizen mereka merasakan Datin Shahida yang juga merupakan bekas ahli kumpulan nasyid Solehah suatu ketika dahulu lebih sesuai menyanyikan lagu berkenaan.

Bagaimanapun peminat merasa terhibur melihatkan gelagat Dato Aliff bersama para penari di dalam klip video lagu raya berkenaan.

Mengenali Dato Aliff, beliau seorang yang tidak mudah berputus asa dalam apa juga yang beliau lakukan. Minat Dato Aliff terhadap nyanyian tidak pernah pudar.

Kelihatan beliau berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasratnya dalam bidang nyanyian. Walaupun menerima kecaman namun video klip lagu tersebut masih tular di youtube dan semakin trending. Tahniah Dato Aliff.

Sumber: ig Dato Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!