“Jadi pulak Encik suami Lofa buat memek muka Haqiem Rusli”

Sejak mendirikan rumahtangga nama pasangan sensasi Neelofa dan PU Riz tidak lekang menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat. Neelofa sendiri pernah muncul sebagai ikon mslimah apabila menerima anugerah Tokoh Wanita Kelantan. Sumbangan Neelofa amat besar dalam beberapa aktiviti kebajikan serta perniagaan. Baru-baru ini Neelofa telah menyumbangkan beberapa buah katil untuk kegunaan pesaakit di Hspital Melaka.

Usaha murni Neelofa menerusi organisasi kebajikan milik beliau iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa juga dipuji ramai apabila turut menyumbangkan beberapa bantuan kewangan kepada golongan yang terjejas terok akibat pndemik.

Bagaimanapun sejak mereka berkahwin belum reda rasanya kontroversi melanda melibatkan mereka berdua. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan. Mudah-mudahan ujian yang menimpa mereka diberikan ganjaran yang tidak ternilai nanti.

Terkini menerusi instagram peminat neelofa sebuah video telah dimuatnaik memaparkan Neelofa dan Pu Riz sedang membuat ulasan produk yang dihadiahkan oleh para peminat kepada mereka berdua.

Produk berkenaan ialah sebuah bantal gitar yang dikeluarkan oleh penyanyi Sufian Suhaimi dan berkolaborasi dengan penyanyi Haqiem Rusli.

Pu Riz kemudiannya memakai kaca mata hitam dan menggayakan bantal gitar berkenaan seolah-seolah sedang memetik gitar. Apa yang lebih mencuit hati, PU Riz juga mengerutkan dahi seolah-olah meniru riak wajah Haqiem Rusli ketika bernyanyi.

Gelagat PU Riz berkenaan ternyata membuatkan isterinya Neelofa ketawa besar dan merasa sangat terhibur. Neelofa juga turut meminta PU Riz mengulangi kembali aksinya mengerutkan dahi seperti Haqiem Rusli.

Tindakan PU Riz itu turut menarik perhatian para peminat yang juga merasa terhibur dengan gelagat mencuit hati beliau.

Ternyata PU Riz mempunyai daya penarik dengan sikapnya yang kelakar. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

“Alahai muka haqeim rusli jadi tp versi lebih comel. Mood dan lokasi review produk sesama2 kembali berbunga ni. Mood En suami pun lain macam “ – Netizen

“Terhibur juga lah tengok pasangan sejuli ni.. Ustaz pun pandai buat lawak ye… Saya senyum sendirian ni.. Ulang bnyk kali pun tersenyum juga…” – Netizen

“Lawak la ustaz…pndai plak tiru gaya haqiemrusli…siap kerut dahi lg, kira sedondon la  & en.suami hari ni pkai NunHa biru ye…” – Netizen

Tular ura-ura mengatakan bahawa Neelofa kini sudahpun hamil bagaimanapun masih belum ada sebarang pengumuman daripada pasangan tersebut. Semoga rumahtangga mereka sentiasa di berkati dan bergembira selalu.

Sumber : Instagram lovestory.me2_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!