“Isteri nak bersalin, suami pula over makan” – Ryzal Ibrahim

Bagi yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak, pernah tak korang perhati gelagat suami korang semasa korang tengah mengandung? Selalunya masa mengandung, para isteri yang mengidam mahu makan banyak makanan. Namun sering juga terjadi dimana suami pula yang melebih-lebih selera makan mengalahkan bini yang tengah sarat bunting. Bini relax je, laki pula yang kuat melahap makanan.

Pernah juga sampai ke tahap yang lebih menggerunkan dimana suami turut mengidam. Pelik betul kan, tapi itulah kejadian yang sering berlaku buat pasangan suami isteri. Ada sahaja perkara-perkara pelik tapi benar yang terjadi. Kadang-kadang, lucu juga kejadian seperti ini.

Seperti YouTuber viral Ryzal Ibrahim, yang mana juga sedang berhadapan dengan perkara yang sama. Isteri Ryzal iaitu Maryam, sedang sarat mengandung dan tinggal nak tunggu hari lagi mahu bersalin. Sempat pula Ryzal membawa Maryam ke restoran sebelum Maryam dimasukkan ke dalam w4d bersalin.

Namun yang lucunya, daging tomahawk yang sepatutnya hidangan untuk empat orang berjaya dihabiskan oleh mereka yang hanya berdua. Aduh, besar betul selera mereka berdua ni kan. Mungkin baby dalam perut Maryam tu yang nak. Hehehe.

Penuh berselera betul Ryzal semasa melahap daging tomahawk ini. Siap dipegang menggunakan tangan seperti sedang memegang kapak pula min nampak gayanya. Hehehehe. Sempat juga kecur air liur min nampak video Ryzal yang sedang memakan daging tersebut dengan gelojoh.

“Hari ini merupakan hari terakhir saya akan melihat perut isteri saya yang tengah sarat mengandung dan makan malam ini merupakan santapan ‘terakhir’ buatnya pada malam ini kerana isteri saya akan dimasukkan ke dalam w4d bersalin pada jam 8 malam sebentar nanti,” ujar Ryzal menerusi ruangan caption postingnya.

Video yang berdurasi lebih kurang 30 saat ini telah dimuatnaik Ryzal semenjak dua hari yang lepas dan telah berjaya mendapat sebanyak 25,632 likes dan 177 komen daripada para followers akaun Instagram Ryzal.

Rata-rata netizen berharap agar urusan Ryzal dan isterinya Maryam semasa bersalin akan dipermudahkan oleh-Nya. Kata netizen, mereka tidak sabar untuk melihat bakal bayi pasangan ini yang mana merupakan kacukan Melayu-Korea.

Pasangan popular YouTubers ini menjadi sensasi di kalangan warganet disebabkan oleh keunikan yang dimiliki oleh pasangan ini. Yalah, orang Korea kan. Sudahlah selebriti Korea tengah ‘hot’ sekarang kat Malaysia, sudah tentu warganet turut tertarik apabila terdapat YouTuber Malaysia yang kahwin dengan warga Korea.

Selain itu, content pasangan ini juga cukup menarik dan semuanya lucu-lucu belaka. Jadi tidak hairanlah jika netizen tidak sabar untuk mengikut perkembangan suami isteri ini. Apa-apapun, semoga Maryam dan Ryzal berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Pasti bakal bayi pasangan Ryzal dan Maryam comel dengan mata sepet kan?

Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!