“MK sekarang makin bagi banyak clue ehh” – Netizen

Sejak kebelakangan ini, min semakin keliru pula apabila melihat posting MK. Apa tidaknya, caption yang ditulis oleh MK semuanya seolah-olah dia sedang dilamun cinta. Ahh gitew. Sebelum ini, MK juga ada mengongsikan beberapa foto beliau dengan caption “Rambut sikat tepi. Awak pun ikat tepi boleh?” Sudah pasti posting MK ini mendapat sambutan hangat daripada para peminat terutama sekali k4um hawa.

MK yang sememangnya terkenal dikalangan peminat wanita disebabkan oleh ketampanannya, kali ini semakin menjadi perhatian ramai kerana caption yang digunapakai oleh MK boleh mengakibatkan kekeliruan. Mungkin memang benar MK sudah berpunya tetapi masih belum bersedia untuk mengumumkan berita gembira ini?

Sedihnya, itu hanyalah tekaan netizen semata-mata. Belum ada bukti yang mencukupi bahawa MK akan menginjak ke alam perkahwinan tidak lama lagi.Walaupun baru beberapa tahun menempah nama dalam industri nyanyian, nama MK sudah berjaya mendapat tempat di hati setiap para gadis.

Masakan tidak, sudahlah mempunyai suara yang enak, MK juga turut dikurniakan dengan rupa paras yang kacak. Apabila MK mengongsikan foto di akaun Instagramnya, sudah pasti rata-rata yang memberi komen adalah kaaum hawa. Siap bagi ayat-ayat mahu mengurat lagi. Hikhikhik.

Terbaru, MK sekali lagi memenuhi kepala para peminat dengan persoalan yang tiada penghujung apabila dia mengongsikan foto terbarunya dengan caption yang cukup panas. Caption MK yang berbunyi “Sekarang sendiri la sementara tunggu nak halalkan awak. Boleh?” berjaya mendapat sebanyak 90,200 likes dan 547 komen rata-rata dari para gadis.

Posing MK yang seolah-olah kepenatan itu mendapat ramai reaksi daripada para peminatnya. Ramai yang mengatakan bahawa MK penat kerana sedang bersusah payah mengumpul duit untuk menghalalkan hubungan yang sah antara dia dan peminat. Kahkahkah, pandai peminat MK bergurau ya.

Sementara itu, ada juga peminat MK yang sudah bersedia untuk menerima hakikat sekiranya MK akan berkahwin.

“Ye ke? Siapalah gadis yang bertuah tu..tak sabar nak makan nasi minyak. Nampaknye kita orang kena terima hakikat lah kita hanya boleh meminati tapi tak boleh memiliki,”

Amboi….bukan kemain ayat awak ya kak. Mengalahkan orang yang baru putus cinta. Sabar, MK masih single tu. Masih belum punah harapan 100%. Kehkehkeh.

Apa-apapun, semoga MK dapat jodoh yang sepadan dengan MK. Min nak pesan satu sahaja, agar para peminat MK terutama yang gadis tu bersedia sahaja menerima hakikat sekiranya MK akan menamatkan status bujang tidak lama lagi. Hikhikhik.

Sumber: Instagram MK

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!