“Ikut baba main game takpaa naa, jgn game awek kt luar sana” – Netizen

Nama Sharnaaz Ahmad antara yang menjadi tumpuan peminat-peminatnya terutama golongan wanita. Sejak bergelar duda ni, Sharnaaz antara jejaka pilihan ramai wanita oleh kerana wajahnya yang kacak. Siapa sahaja yang tidak kenal Sharnaaz Ahmad ni, antara selebriti yang paling sempoi tau. Walaupun sudah memiliki cahaya mata iaitu Jebat Jayden, Sharnaaz tetap mengutamakan anak kesayangannya.

Melihat pada perkembangan Sharnaaz di laman sosial media miliknya, Sharnaaz sentiasa berkongsi rutin hariannya bersama Jebat.

Walaupun sebenarnya jadual bekerja Sharnaaz padat, beliau masih tetap meluangkan masa bersama Jebat dan membawa Jebat bermain segala aktiviti bersama.

Satunya-satunya anak Sharnaaz itu bagai ditatang dengan minyak yang penuh dan tidak dinafika. Jebat cukup rapat dengan bapanya.

Bagi Sharnaaz, Jebat adalah segala-gala buat dirinya. Baru-baru ini, Sharnaaz sekali lagi berkongsi video meluangkan masa bermain game bersama anaknya.

Dengan jujur nya Sharnaaz mengaku dirinya bersama Jebat tidak mandi ketika bermain game di salah sebuah pusat permainan kanak-kanak. Amboi dua beraanak ni ye..

Walau bagaimana pun, lebih menjadi rumpuan apabila rata-rata netizen suka melihat gelagat bapa dan anak ini. Hubungan bapa dan anak sebeginilah yang kita patut contohi dan sentiasa mengutamakan anak-anak dalam segala aspek. Oleh sebab itu, Jebat sangat sayang Sharnaaz dan tidak berenggang langsung.

Sementara itu, video yang baru dimuatnaik Sharnaaz itu telah menerima 123,000 tontonan dan 13,000 tanda suka.

Sebahagian netizen memberi komen dan ada juga netizen akui suka melihat dua beranak ini bersama.

Seronok betul Jebat bila dapat pergi main game dengan Baba dia. Steady je dia tak pergi mandi, terus keluar main game ye. Nasib segak dua-dua naa..

Sumber: Instagram sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!