MasyaAllah abang hensem yang penyayang”- Netizen

Baru- baru ini pelakon popular Elfira Loy berkongsi berita gembira bersama para peminat mengenai kelahiran anak keduanya. Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon naskhah popular Qalesya itu menerusi entri di media sosial Instagram miliknya. Elfira memuatnaik sekeping gambar beliau bersama suaminya sedang memangku anak perempuan mereka. Elfira juga menzahirkan rasa penuh terharu beliau terhadap pengorbanan suaminya yang sanggup menyambut kelahiran bayi mereka itu.

Kongsi Elfira lagi, beliau juga menitiskan air mata melihat suaminya menyambut bayi mereka ketika beliau m3neran anak perempuannya itu. Pengalaman yang di sifatkan sebagai menakjubkan itu turut di iringi dengan doa buat puterinya.

Cahaya mata kedua Elfira itu secara kebetulan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak Anzalna iaitu 20 Mei yang lalu, setelah 7 hari melahirkan anak kedua Elfira akhirnya berkongsi nama pilihan beliau dan suami kepada umum.

Elfira memaklumkan beliau bersyukur dengan kelahiran anak keduanya itu sepakat menamakan anak perempuannya sebagai Nur Aria Mikayla. Elfira atau nama sebenar beliau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri turut berkongsi wajah penuh anak keduanya itu buat tatapan para peminat di laman Instagram peribadinya.

Di kesempatan tersebut juga, Elfira turut berkongsi akaun Instagram anak keduanya itu bersama para peminat. Elfira berharap para peminat juga dapat mendoakan yang baik-baik buat anak perempuannya itu.

Kini Elfira dalam proses berpantang anak kedua. Beliau yang aktif di media sosial berkongsi aktiviti bersama para peminat adakalanya berkongsi aktiviti seharian beliau menjalani proses berpantang serta melayani kerenah anak lelakinya Muhamamd Rayyan Khalaf.

Terkini menerusi Instagram, Elfira berkongsi momen di mana anak sulungnya memangku adiknya Aria dan menciuuum adiknya itu dengan penuh kasih sayang.

Kelakuan Rayyan yang kelihatan sangat gembira dan penyayang itu membuatkan para pengikut akaun Instagram Elfira merasa terharu.

Kebiasaannya anak sulung yang sudah terbiasa seorang akan mengambil masa untuk belajar menerima kehadiran adik apatah lagi untuk berkongsi kasih sayang ibu bapa bersama adiknya.

Rata-rata netizen berkata Elfira sangat bertuah kerana kini di kurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan.

Sebelum ini ramai yang memuji wajah anak lelaki Elfira yang mirip seperti wajah seorang kanak- kanak korea kerana mempunyai wajah yang putih dan mata yang agak sepet. Kini adiknya Aria juga memiliki kulit yang putih dan gebu seperti abangnya Rayyan. Berikut dikongsikan komen – komen netizen.

Beberapa hari lalu, Elfira ada berkongsi satu video mengenai Rayyan yang meminta pertolongan beliau untuk mandi. Beliau ketika itu sedang menjaga anak keduanya namun terpaksa menuruti permintaan Rayyan.

Beliau juga berkongsi perasaan bercampur baur apabila perlu melayani kedua-dua anaknya serentak memandangkan ketika itu tiada sesiapa di rumahnya.

Video yang di rakamkan oleh Elfira itu mendapat perhatian daripada netizen yang berkongsi pengalaman serupa apabila berhadapan cabaran melayani kerenah anak- anak. Netizen berkata, Rayyan masih belum membiasakan diri dengan kehadiran adik dan mahukan perhatian ibunya.

Orang kata bila ada anak nombor dua ni , para ibu akan berhadapan dengan dugaan sebab anak sulung terpaksa belajar berkongsi kasih sayang dengan adik pada masa yang sama terpaksa melayani kerenah dan ragam anak sulung supaya tak merajuk, merasa tersisih dan cemburu dengan adik sendiri.

Namun begitu, sudah lumrah kehidupan, lama kelamaan anak sulung pasti akan menerima dan menyayangi adik kandungnya. Happy betul nampak muka Rayyan bila ciuum adik dia Aria tu.

Sumber: ig elfira loy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!