“Oh selama ni saya tertiipu lah, ingatkan ada muzik”- Netizen

Kerjaya lakonan bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Bagi setiap pelakon,mereka perlu menjiwai watak dan bermain dengan emosi dalam sesuatu drama atau filem. Jika sesebuah watak itu mampu memberikan emosi kepada penonton maka berhasil lah lakonannya. Tidak terkecuali, pelakon yang sentiasa berhasil memberi emosi kepada penonton iaitu Fasha Sandha, lakonannya jarang sekali mengecewakan.

Setiap kali berlakon, drama lakonan Fasha antara yang dinanti-nantikan oleh penonton dan peminat setia Fasha. Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik malah pandai berlakon dari dulu sehinggalah kini.

Meskipun Fasha sudah bergelar ibu dan jga seorang isteri, beliau masih ‘dilamar’ beberapa produksi dan juga masih memegang watak utama dalam sesebuah drama.

Fasha antara pelakon yang komited dan berdisiplin ketika bekerja. Oleh kerana itu juga, beliau masih diterima berlakon.

Sementara itu, Fasha sendiri mendedahkan salah satu tugas seorang pelakon yang agak mencabar ialah apabila babak menari yang dilakukan mereka rupa-rupanya tiada latar belakang muzik.

Jika kita sebagai penonton, sudah pasti kita ingatkan babak menari mereka itu ada latar belakang muzik. Namun sebenarnya pelakon hanya menari tanpa muzik. Mesti mencabar kan..

Video ketika bertugas sebagai pelakon yang dikongsi Fasha menjadi perhatian apabila rata-rata netizen selama ini ‘tert1pu’ dengan lakonan Fasha. Itulah orang berbakat, tiada muzik pun boleh menjiwai watak tau.

Dalam pada itu, video Fasha telah menerima 463,000 tontonan dan 200 komen daripada netizen.

Sebahagian netizen memuji lakonan Fasha yang sememangnya bagus dan bakat lakonan semulajadi yang ada pada Fasha. Apa saja watak yang dipegang Fasha pasti berhasil.

Bila Fasha sendiri dedahkan situasi sebenar ketika beliau berlakon, baru tahu macam itu rupanya bila tengah shooting. Lakonan Fasha pun memang semuanya best. Mudah bukan ye sebenarnya nak jadi pelakon ni..

Sumber: Instagram fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!