“Biar mama buat, nanti terberanak kat sini nanti” – Sheila Rusly

Bila sebut sahaja tentang ibu mertua, tidak dinafikan ramai juga yang takut jika berdepan dengan ibu mertua yang banyak ragam dan tidak sebulu dengan menantunya sendiri. Sudah pastinya semua orang ingin memiliki ibu mertua yang baik dan menerima dirinya sebaik mungkin. Jika mempunyai ibu mertua yang baik, itu juga adalah rezeki yang besar buat golongan wanita yang bergelar menantu.

Paling penting, bergelar menantu perlulah menghormaati ibu bapa mertua seperti ibu bapa kandungnya sendiri. Dan perlu pandai mengambil hati orang tua sebaik mungkin ya.

Seperti selebriti Sheila Rusly yang bergelar ibu mertua kepada pelakon Elisya Sandha, hubungan mereka cukup rapat sebagai mertua dan menantu. Memandangkan Elisya adalah menantu perempuan pertama buat Sheila, sayang seorang ibu mertua terhadap menantunya cukup mendalam.

Sheila pun sering melayan baik menantunya seperti anaknya sendiri. Jika lihat mereka berdua di laman sosial media, memang serasi Sheila dan Elisya.

Alangkah beruntungnya Elisya memiliki ibu mertua yang sporting dan baik hati. Sheila pun sentiasa melayan manja Elisya yang kini sedang sarat mengandung.

Melihat video yang dikongsi Sheila baru baru ini, Elisya mengidam mahukan Mee Goreng dan ingin membuat sendiri.

Namun dihalang oleh Sheila kerana Elisya yang sedang sarat itu dan Sheila sendiri memasakkan Mee Goreng yang istimewa buat menantunya. Penyayang betul ibu mertua seperti Sheila.

Siapa sangka, video dikongsi Sheila yang pada awalnya hanya bertujuan untuk mempromosikan salah sebuah produk tempatan telah mengundang sebak kepada netizen.

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang mempunyai ibu mertua baik sama seperti Sheila.

Alhamdulillah untungnya Elisya dapat ibu mertua macam Sheila Rusly. Bergenang air mata bila tengok Sheila layan baik Elisya macam anak perempuan sendiri.

Sumber: Instagram sheilarusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!