“Idola ni Ust Madi xpe single pun kan, janji jaga mak” – Netizen

Jika waktu dapat diputar kembali, pasti ramai yang masih ingat dengan kenangan indah sewaktu masih kecil hingga meningkat dewasa. Ibu bapa tidak pernah menghampakan hati anak-anaknya dan mencuba sedaya-upaya bagi memberi segala kemahuan dan keperluan anak. Jasa kedua-dua insan ini lebih-lebih lagi ibu memang tidak dapat dibalas dengan cara apa sekali pun.

Pelakon hebat Azhan Abdul Rani ini memang terkenal dengan lakonan hebatnya di layar kaca TV yang sering membawa watak jahat dan antagonis. Bukan hanya terhad kepada watak itu sahaja, apa sahaja peranan yang diberikan kepadanya pasti sangat menghibur para penonton drama dan filem tempatan kerana kehebatannya menghidupkan sesebuah watak.

Tidak hanya hebat dalam lakonan di layar televisyen, Azhan Rani juga sangat berbakat dalam lakonan teater. Tahun 1994 merupakan tahun di mana dia memulakan langkah dalam bidang hiburan sebagai pelakon teater pada mulanya.

Sering berkongsi aktiviti hariannya bersama peminat di laman Instagram, ramai yang perasan tentang hubungan akrab yang dimiliki oleh Azhan Rani ini bersama ibunya iaitu Salmah Budin.

Selain sibuk mempromosikan jualan perniagaan miliknya yang dinamakan pes mee kari Azhan Rani, tidak ramai yang tahu dia juga merupakan seorang yang pandai masak.

Ura-ura mengatakan bahawa sejak pemergian ayahnya, Azhan kini tidak fokus untuk mencari pendamping hidup walaupun sudah berumur 46 tahun. Azhan Rani malah lebih fokus untuk menjaga ibunya yang kini sudah meningkat usia lanjut.

Menjaga ibu dengan penuh kasih-sayang, tanggungjawab memasak di rumah juga dilihat dilakukan oleh Azhan sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibu.

Berkongsi foto terbaru di sebuah pantai sambil merangkul ibu tersayang, para peminat terharu dengan pengorbanan dan sikap Azhan yang menjaga ibu dengan penuh rasa cinta.

Memilih negeri Kedah sebagai tempat istimewa meluangkan masa bersama ibu, Azhan dilihat membawa ibunya itu bersiar-siar ke merata tempat termasuklah tempat-tempat makan yang menarik.

Tidak semua orang mampu berbuat baik seperti Azhan, ramai peminat yang turut sama mendoakan ibunya agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Yang Maha Esa. Juga ada netizen yang berdoa agar dikurniakan anak sebaik Azhan dalam menjaga ibu.

Seronok lihat hubungan antara Azhan dan ibu yang memang rapat ini. Walau kemana sahaja dia pergi pasti akan bawa ibu bersama-samanya.

Tak semua orang dapat merasa kasih sayang dari seorang ibu. Azhan Rani disebut sebagai orang yang masih beruntung kerana masih mempunyai ibu di sisi.

Sumber: Instagram Azhan Rani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!