“Hubungan sy bersama Ronaldo tetap akrab”- Fikry Ibrahim

Bola sepak antara sukan paling popular di seluruh dunia. Legenda pemain bola sepak terkenal antaranya Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi menjadi idola ramai dari dahulu hinggalah sekarang. Tidak terkecuali, pelakon Fikry Ibrahim juga antara peminat setia pemain bola sepak terkenal iaitu Cristiano Ronaldo. Seperti yang kita ketahui, Nama pelakon Fikry Ibrahim tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia.

Terbaru, Fikri memuatnaik satu foto yang mencuri tumpuan ramai apabila foto tersebut mempamerkan Fikry bersama Ronaldo. Walhal sebenarnya foto tersebut adalah foto yang telah disunting oleh Fikry sendiri.

Foto berkenaan sengaja dikongsi oleh Fikry selepas pemain bola sepak kesayangannya itu berjaya menjaringkan gol bagi team Manchester United bagi perlawanan bola antara Manchester United dengan Villareal.

Sementara itu, Posting instagram Fikri telah dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan-rakan artis.

Ramai netizen akui, foto Fikry bersama Ronaldo seakan-akan benar dan bukan dari hasil suntingan.

“Ronaldo minum teh o ais ikat tepi hahaha, Sekali pandang macam real, dua kali pandang ahh ditiipu cisss”- Netizen

Bukan itu sahaja, air minuman popular rakyat Malaysia iaitu ‘Teh O Ais Ikat Tepi’ jadi sebutan ramai di ruangan komen.

Pandai Fikry Ibrahim ‘tiipu’ netizen ye, gambar nampak real betul dgn Ronaldo hehe…

Sumber: Instagram Fikriibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!