“Hebat Cik Yam, acik yg dah besar ni pun main air tepi kolam je” – Netizen

Kanak-kanak sememangnya sangat suka bermain dengan air apatah lagi jika dapat bemain-main air di dalam kolam renang. Lazimnya aktiviti renang ini merupakan aktiviti yang sangat baik buat kanak-kanak bagi perkembangan ment4l mereka. Tetapi tidak ramai ibu bapa di luar sana yang berani melepaskan anak-anak mereka yang masih kecil untuk belajar berenang kerana takut jika anak-anak lem4s.

Siapa tak kenal lagi dengan si cilik yang merupakan puteri pertama dari Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim ini. Bukan sahaja terkenal dengan gelagatnya yang petah berkata-kata, kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun ini ternyata mempunyai bakat renang yang sangat bagus.

Wan Maryam merupakan nama istimewa yang telah diberikan kepada anak kepada pasangan selebriti dan usahawan berjaya ini. Fizo Omar dahulunya pernah diterpa g0sip akibat dakwaan yang dilemparkan oleh bekas isterinya iaitu Mawar yang mengatakan bahawa Fizo telah meningg4lkan Maryam berseorangan di tempat umum.

Namun kini hubungan mereka sekeluarga bersama dengan ibu baharu kepada Maryam iaitu Fazeera Nazri ini dilihat sangat akrab. Maryam juga dilihat sangat rapat dan mesra dengan Fazeera walaupun hanya bergelar sebagai ibu tiri sahaja.

Video Wan Maryam yang sedang berenang telah dimuatnaik oleh Fizo di Instagramnya itu telah menarik perhatian ramai yang kagum dengan kehebatan anak kecil ini. Bukan hanya sekedar renangan biasa, malah Maryam juga boleh melakukan pelbagai aksi renang di dalam air.

Netizen dan peminat rata-ratanya memuji bakat hebat dari Maryam itu yang sangat pandai berenang. Namun, keakraban antara Maryam dan Fazeera turut menjadi topik apabila Maryam sanggup untuk mencapai tangannya untuk diciuum walaupun sedang berenang di dalam air.

Ramai yang menyangka bahawa Maryam ingin mengakhiri renangannya itu dan naik ke atas pada akhir video tersebut. Namun perbuataannya yang bersusah untuk menciuum tangan Fazeera itu telah membuat ramai yang tersentuh dengan sikap anak bijak ini.

Memang hebat sangat Maryam berenang di kolam tu. Tak semua orang boleh buat kuak lentang macam Maryam buat. Besar-besar nanti bolehlah jadi perenang negara dan bawa nama negara ke mata dunia kan.

Sumber: Instagram Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!