“Hensemnya Zain Saidin, time ni lah dia ngorat kiter wak” – Che Ta

Rupanya sudah lama Zain Saidin mengorat Che Ta,seawal drama Che Kiah Pekasam lagi sudah dingorat Che Ta itu. Memang jodoh mereka tak kemana, akhirnya diijabkabulkan dan kini telah berkahwin selama 10 tahun lamanya. Dikurniakan seorang anak hasil perkongsian hidup mereka. Che Ta memuatnaik gambar Zain semasa muda dan ketika itulah mengorat Che Ta.

Gambar Zain dimuatnaik ke laman IG nya dek kerana ia merupakan hari lahir Zain Saidin yang ke 38, tapi maintain muda sahaja rupa parasnya. Mestilah apatah lagi dijaga oleh isteri yang pandai menjaga hati suami.

Bila menceritakan semula detik dingorat dan dilamar oleh Zain pasti ia membuatkan Che Ta tersenyum lebar. Sesiapa yang mendengar cerita itu pun pasti tersenyum kerana ia sangat romantik dan manis.

Sehingga kini masih terbukti kasih sayang Zain yang ikhlas dan benar buktinya cintanya kuat untuk Che Ta sahaja meskipun hampir sama baya dengan anak sulung Che Ta. Namun itu bukan penghalang cinta sejati.

Perkongsian Che Ta juga hampir 2 atau 3 perkongsian di laman IG mengenai Zain dan secara penghargaan hari lahir Zain, memuji dan mengucapkan selamat hari lahir kepada suaminya itu. Sangat panjang dan sweet ayat pujangganya dan kapsyennya.

Zain dan Che Ta memang mempunyai bakat lakonan yang hebat dan mereka berdua juga sering berlakon dalam drama yang sama malah ada juga mereka berlakon sebagai suami isteri dan pasangan bercinta sehingga ia benar terjadi.

Rata-rata yang mengetahui dan baru mengetahui cara Zain mengorat Che Ta semuanya merasa teruja. Pelbagai juga yang tidak henti komen mengucapkan selamat hari lahir pada Zain. Rakan artis turut memberikan komen-komen.

Pelbagai komen yang diberikan pada perkongsian ini. Semuanya mengucapkan dan mendoakan yang baik-baik sahaja. Ramai sudah tahu mereka adalah pasangan yang bahgia tanpa pernah ada kontroversi.

Bila lihat gambar Zain semasa muda mulalah semua peminat dan netizen akan teringat tentang Oh My English. Ramai rindu akan drama yang lama dan lakonan mereka.

Sumber: ig rozitachewan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!