“Dh nampak sipi2, muka Syahmi jugok”- Netizen

Akhirnya penantian yang ditunggu-tunggu sekian lama oleh keluarga Syahmi Sazli berakhir, setelah  Anissa berjaya melahirkan bayi kedua mereka pada 3 Julai yang lepas. Syukur setelah mendengar khabar berita seperti itu, selama ni kita pun asyik menunggu bila Anissa bakal melahirkan baby baru nya itu. Bayi kedua diberi nama Khabib Umar.

Siapa yang paling tak sabar, mestilah si kakaknya, Ainul Mardhiah , teruja sebab adik baru. Setelah Ainul menjadi kesayangan ibu dan baba kan. Tahun ni, baru ada rezeki dapat adik baru. Mesti happy sangat kakak Ainul.

Khabib Umar yang menjadi nama pilihan kepada bayi kedua, setelah dimaklumkan oleh ibu dan baba nya di laman Instagram mereka. Sedap namanya,  makna nya yang sungguh indah. Semoga dirimu indah seperti nama mu jua.

Anis yang memuat naik video baby boy nya itu, menjawab trend-trend famous yang selalu ditanya oleh para netizen kepada nya,antaranya berapa berat bayi, ikut muka siapa dan sebagainya. Sabar,sabar nanti Anissa jawab soalan-soalan tu. Tak sabar ya nak kenal dengan baby boy baru ni.

Beliau juga menjelaskan bahawa beliau belum bersedia untuk tunjuk muka baby nya itu, bukan mereka nak ikut trend, cuma belum masa yang  sesuai dan beliau masih berpantang. Haa, jangan persoalkan kenapa pula ya, bagilah Anis habis pantang dulu.

Ada juga kata, “dah nampak pipi baby tu, labuh macam kakaknya”. Amboi, taj4m betul ya mata netizen. Yelah, mesti akan ada juga persamaan adik-beradik ni. Kalau pipinya labuh macam kakak dia, comel juga kan. Tak sabar lah pula nak tunggu haha tunjuk muka baby boy.

Antara komen netizen ialah “Nampak sikit..muka ikut Mi”, “tgk mulut baby tu macam kakak dia..kalau dah ikut kakak..mesti 90% ikut mi”, “Macam muka kakak Ainul je” dan sebagainya. Ramai ye yang cakap macam muka Ainul, mmmm betul ke ? Belah mana yang gaya tu ?

Sememangnya, kesemua ibu selepas bersalin, ingin waktu pantangkan tiada ada apa-apa yang menggangu mereka. Bagilah mereka berpantang dengan tenang, dah habis pantang, barulah back to normal. Jangan dipaksa buat itu ini, ditanya soalan pelik-pelik, pening pula nak menjawabnya.

Dan jangan dilupa, bahawa tutup wajah bayi yang baru lahir itu bukanlah trend. Tapi, ia juga adalah hak kepada ibu bapa mereka, sama ada untuk menjaga privasi anak-anak. Jngan lah kita berfikiran neg4tif kepada mereka, mereka buat begitu untuk kepentingan anak mereka juga.

Sumber : Ig Anissafaizul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!