“Dia ni kalau berhijab memang sangat ayu” – Netizen

Hubungan pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi bualan hangat setelah lamaran Kamal Adli terhadap Uqasha Senrose menjadi tular tahun lalu. Kamal membuat keputusan untuk melamar Uqasha ketika siaran langsung acara penyampaian anugerah Meletop yang dianjurkan oleh sebuah stesen tv swasta.  Tindakan Kamal yang cukup ‘gentleman’ itu membuatkan Uqasha tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran tersebut malahan membuktikan mengenai desas desus hubungan cinta antara kedua-dua teraju utama drama Perempuan Tanpa Dosa ini.

Setelah sekian lama berteka teki dengan para peminat mengenai tarikh pernikahan, pasangan sensasi Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya telah mengumumkan mengenai majlis pernikahan mereka berdua yang telahpun berlangsung pada 5 November yang lalu. Kedua- dua pasangan merpati dua sejoli itu di fahamkan melangsungkan pernikahan di sebuah majlis tertutup di Janda Baik.

Berita pernikahan pasangan ini agak mengejutkan para peminat namun warganet menyambut berita tersebut dengan penuh rasa gembira dan syukur di atas penyatuan dua hati itu. Cantik betul wajah Uqasha dalam persalinan pengantin.

Satu sidang media ringkas juga telahpun di adakan oleh pasangan berkenaan untuk berkongsi mengenai berita gembira pernikahan mereka kepada para peminat. Kamal dan Uqasha menjelaskan berita pernikahan mereka berdua terpaksa di rahsiakan terlebih dahulu kerana terikat dengan hak eksklusif Astro untuk merakamkan majlis perkahwinan mereka. Bagaimanapun mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang sudi menghormati permintaan tersebut.

Majlis pasangan sama cantik sama padan itu bertemakan dalam taman dan turut menjemput beberapa kenalan rapat untuk meraikan hari bahagia mereka seperti Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mula berkenalan dan rapat dengan pelakon Kamal Adli atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli setelah kedua- duanya berlakon bersama di dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang.

Menerusi instagram peminat kamal_uqasha, sekeping gambar Uqasha bertudung telah dikongsikan oleh instagram berkenaan. Uqasha sedang membuat beberapa ulasan produk. Dalam beberapa perkongsian sebelum ini, Instagram berkenaan ada berkongsikan video – video gurauan Kamal Adli menyanyikan lagu Anuar Zain terhadap Uqasha.

Terdahulu, keserasian pasangan tersebut setiap kali menjayakan watak bersama sebagai pasangan suami isteri menyebabkan para peminat juga menyokong hubungan mereka berdua menjadi realiti.

Difahamkan, pada awalnya pasangan ini merancang untuk bernikah sekitar bulan Jun yang lalu namun di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, hasrat pasangan tersebut terpaksa di tunda ke suatu tarikh lain.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara. Perancangan perkahwinan pasangan ini juga tertunda beberapa kali disebabkan situasi pndemik cvd dalam negara ketika itu.

Penampilan Uqasha yang bertudung telah menarik perhatian warganet sehingga para peminat mendoakan pelakon Telah Terlafaznya Akad itu kembali bertudung. Wajah manis dan ayu Uqasha begitu menyerlah apabila mengenakan tudung.

Rata- rata peminat memuji penampilan Uqasha. Sememangnya wajah Uqasha sejak dari dahulu lagi sangat cantik apabila bertudung. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Cantiknya Uqasha ni. Bila menutup aurat setelah berkahwin ni bertambah- tambah cantik dan manis la nampak. Masa jadi Raja Sehari haritu pun wajah Uqasha tak ubah seperti puteri raja.

Ramai cakap dah macam patung. Memang wajah Uqasha cantik semulajadi. Beruntung Kamal Adli memperisterikan Uqasha.

Sumber: ig kamal_uqasha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!