“Hmm dah cantik tapi kalau dadaa lagi bertutup lagi cantik” – Netizen

Pelakon Mira Filzah antara selebriti yang disukai ramai peminatnya di Malaysia. Mana tidaknya, Mira lengkap pakej dengan rupa paras yang cantik dan cukup bersopan santun. Bahkan lakonan Mira menerusi beberapa drama juga sentiasa menerima tontonan yang tinggi tau. Jngan terkejut, peminat setia Mira antara yang sentiasa mengikuti perkembangan hidup Mira yang kini telah memegang status sebagai isteri.

Sebut saja nama Mira Filzah, ramai membayangkan imej Mira yang cukup sopan dan penampilannya yang ayu menutup aurat. Mira antara selebriti wanita yang bertudung dan popular di Malaysia.

Namun baru-baru ini, nama Mira menjadi sebutan ramai apabila beliau memuatnaik sebuah video di Instagram. Video berkenaan hanya bertujuan untuk mempromosikan produk tudung berjenama Ariani memandangkan Mira antara duta terkenal bagi jenama berkenaan.

Mira menerusi video berkenaan tampil dengan imej bertudung namun ditegur oleh ramai netizen apabila tudungnya kelihatan terlalu singkat.

Pada ruangan komen, ramai netizen dan peminat Mira memberi teguran supaya lebih melabuhkan tudungnya seperti penampilan Mira yang pada awalnya dikenali dengan imej bertudung labuh.

https://www.instagram.com/p/CXx0ov5ICU4/

Tidak dinafikan, peminat Mira ramai yang akui sayang dengan Mira dan berharap agar Mira masih kekal dengan imej bertudung labuh.

Dalam pada itu,video dimuatnaik oleh Mira itu telah menerima satu juta tontonan dan pelbagai reaksi menerusi ruangan komen.

“Mira yang sekarang bukan lagi Mira yang dulu, dh jd m4ngsa fashion jugak”- Netizen

Walaubagaimana pun, Kita doakan yang terbaik buat Mira. Mungkin itu hanyalah sekadar mempromosikan produk tudung kan..

Sumber: Instagram Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!