“Kalau ada YB yg kata dia paham maasalah aku, cuma YB ni je yg aku percaya” – Azhan Rani

Sebagai seorang anak, kita haruslah menghormati ibu kita dan menyayanginya sepenuh hati kita. Merekalah insan yang telah banyak berkorban demi keluarga terutama sekali anak-anak. Seorang ibu itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencukupi keperluan harian anak-anaknya. Begitu juga sekali dengan seorang bapa. Ibu dan bapa inilah tonggak kejayaan kita sekarang dek kerana doa mereka.

Siapa tidak mengenali pelakon yang memainkan sebuah watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur yang pernah menggegarkan Malaysia iaitu Azhan Rani.

Beliau kini sedang menjayakan sebuah lagi drama telemovie yang akan ditayangkan di Awesome Tv tak lama lagi.

Seperti kita ketahui, beliau seorang anak yang sangat penyayang kepada ibunya. Terutama sekali selepas bapanya meningg4l pada tahun 2016, beliau lebih fokus menjaga ibunya yang sudah uzzur.

Beliau merasakan adalah lebih baik beliau menaburkan jasa menjaga ibunya dengan baik dari memikirkan untuk mendirikan rumahtangga. Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah gambar beliau bersama ibunya di dalam kereta.

Di dalam kapsyen beliau, beliau sempat berseloroh berkata jika terdapat seseorang yang terhormat yang dapat memahami mas4lahnya, orang itu pastilah ibunya.

Dari kenyataan beliau di ruang kapsyen itu, terserlah bahawa beliau sangat mengasihi ibunya dan lebih mengenali ibunya yang akan sentiasa memahami dirinya.

Netizen terlihat sangat terharu membaca kapsyen Azhan itu. Ramai juga yang mendoakan agar umur ibu Azhan dipanjangkan dan punyai kesihatan yang berkekalan. Ada juga sempat mengirim salam kepada ibu Azhan Rani.

Semua manusia seharusnya menghargai ibu masing-masing. Kerana ibulah yang melah1rkan dan mendidik kita menjadi orang yang kita jadi sekarang. Tiada apa yang dapat membalas jasa seorang ibu itu dan sebagai anak kita perlulah sentiasa punyai perasaan ingin membalas bakti ibubapa kita.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!