“Comelnya Lara lari”- Netizen

Sebut sahaja selebriti cilik yang popular, cahaya mata sulung kepada Awal Ashasri dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana antara yang menjadi tumpuan ramai netizen dan juga peminat-peminatnya. Dari Lara bayi hinggalah sekarang sudah bersekolah, si cilik ini tetap mencuri perhatian di laman sosial media. Tengoklah Lara sekarang, petah bercakap dan fasih berbahasa Inggeris.

Lara juga dilihat seperti kanak-kanak yang cukup bijak dan sentiasa menonjol. Mesti Lara rajin belajar dan mempunyai prestasi yang bagus di sekolah.

Bukan setakat pandai belajar, Lara pun aktif bersukan. Buktinya Lara berkongsi video di Instagram menunjukkan Lara melibatkan diri dalam aktiviti sukan larian berganti.

Melihat Lara berlari, memang laju berdesup memotoong kawan-kawannya ketika acara larian tersebut. Hebatnya Lara.

Jangan terkejut tau, Lara peroleh tempat pertama dan memenangi pingat emas untuk acara larian yang disertainya. Tahniah Lara.

Bila lihat Lara aktif berlari ni, boleh lah lepas ni join pertandingan larian wakil sekolah pula hehe..

Sementara itu, video Lara telah ditonton sehingga 305,000 tontonan dan rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Lara.

Ada juga sebahagian netizen suka melihat Lara yang sentiasa aktif dan didedahkan dengan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan.

“Suka tengok lara sebab badannya nampak sihat and tahniah lara, good job lara, well done girl you can do it”-Netizen

Comelnya tengok lara lari, nasib menang dapat pingat emas. Semangat macam Lara yang kita mahukan. Walaupun masih kecil lagi, tetap bersemangat nak bersukan. Good job Lara.

Sumber: Instagram laralana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!