“Harap2 v1rus c0vid lari dengar lagu Dato” – Netizen

Kejayaan Dato Aliff Syukri dalam bidang perniagaan tidak dapat dinafikan. Beliau juga sebelum ini pernah mflis dan gagal berkali-kali sebelum betul-betul berjaya bergelar jutawan sepertimana beliau pada hari ini. Kerana minat yang mendalam dalam bidang nyanyian, beliau juga terjun ke dunia seni apabila menyanyikan lagu pertama beliau bersama Sajat berjudul Abang Nak Tegur beberapa tahun lepas. Dato Aliff kemudiannya turut menjadi pelakon apabila menjadi teraju utama filem Badang.

Sebelum ini Dato Aliff pernah muncul dengan beberapa lagu. Antaranya ialah lagu Bobo dimana berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia Lucinta Luna. Beliau juga pernah tampil dengan klip video air mata berdarah menerusi lagu Cuba Bahagia di mana klip lagu tersebut menjadi tular dan meraih sehingga 2.8 juta tontonan di saluran youtube.

Tahun ini beliau kembali lagi dengan lagu raya baru berjudul Lalala Raya. Dato Aliff turut berkongsi beberapa video beliau merakamkan lagu berkenaan beserta teaser klip video di sebalik pembikinan muzik video lagu tersebut kepada para peminat beliau.

Walaubagaimanapun nyanyian dan suara beliau telah mendapat kritikan hebat daripada para netizen. Terkini Dato Aliff telah meluahkan kekecewaan beliau menerusi satu muatnaik di Instagram beliau.

Beliau berkata pelbagai kritikan telah beliau terima mengenai lagu terbarunya itu walaupun netizen masih belum melihat muzik video penuh lagu berkenaan.

https://www.instagram.com/p/COZJjphp5Xe/?igshid=xy689fjdxmre

Dato Aliff juga berkata beliau tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang dan tidak kisah sekiranya ramai yang tidak sukakan beliau. Yang penting beliau tidak berbuat jaahat terhadap orang lain.

Bagaimanapun Dato Aliff meminta netizen agar menonton terlebih dahulu video penuh lagu nyanyian beliau dan menilai selepas itu sekiranya masih tidak berpuas hati beliau rela menerima kritikan sewajarnya.

Menjengah keruangan komen, rata-rata warga maya dan netizen meninggalkan komen berbaur sindiran mengenai lagu dan suara Dato Aliff.

Namun begitu ada yang meminta supaya Dato agar bersabar kerana berada di dalam bulan Ramadhan dan mengabaikan sahaja komen-komen yang negative.

Berikut dikongsikan beberapa komen yg ditinggalkan di ruangan komen Instagram Dato Aliff.

Minat Dato Aliff terhadap nyanyian nampaknya tidak pernah pudar. Kelihatan beliau berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasratnya dalam bidang nyanyian.

Dato Aliff juga penuh dengan rasa teruja ingin berkongsi video klip terbaru lagu raya dan tidak sabar lagi untuk memperdengarkan lagu terbaru beliau. Apa-apa pun tahniah Dato Alif kerana muncul dengan lagu raya terbaru tahun ini.

Update, boleh tonton video klip lagu raya DS Aliff Syukri di bawah, apa komen korang? Sedap ke sendu?

Sumber: ig Dato Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!